A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
30 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 30

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Dr. SITI NURAIHAN
MO Special Care Neonat


Sr. Tiarapa Basiran
JT U32
Wad SCN/NICU


Sr. Mary Majikon
KJ U32
Wad SCN/NICU

VISI

Bayi-bayi mendapat rawatan yang bertaraf tinggi dan dapat mengekalkan status kesihatan yang optima dan berkualiti.

MISI

Memastikan bayi-bayi mendapat penjagaan dan rawatan yang optima mengikut piawaian perubatan kearah pemulihan dan kesihatan yang berkualiti dengan anggota yang cekap, mahir, mesra dan beretika dan mengamalkan budaya kerja berpasukan.

PUSAT RUJUKAN

Merupakan pusat rujukan bagi hospital Daerah Tenom, Tambunan dan Pusat-pusat Kesihatan / Klinik Kesihatan Daerah Pendalaman Keningau. Dan juga menerima kes-kes daripada hospital Ranau untuk rawatan Intensif.
Unit ini menerima kemasukan pesakit neonat berumur antara satu hari hingga 27 hari.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pendidikan Kesihatan
Mesyuarat Unit
Mengadakan majlis keraihan
Mengadakan pertandingan ”Flip Chart” dalam Unit
Menjalankan 5S
Gotong Royong
Pembelajaran berterusan
”User Traning”
HIS
Hospital Information System
Pusat Sumber.

Rawatan Rapi Neonat
(Special Care Nursery)

PENGENALAN

Unit Rawatan Rapi Neonat (Special Care Nursery) mula beroperasi penuh pada 8hb Febuari 2004 bersama dengan hari perpindahan hospital lama ke bangunan hospital baru.
Unit Rawatan Rapi Neonat terletak di Aras Satu bersebelahan dengan Dewan Bersalin. Unit ini mempunyai 10 buah kot dan dilengkapi dengan peralatan moden seperti Mesin “Ventilator”, “Cardiac monitor”, “Infantwarmer”, “Infant Resuscitator Trolley”, “Incubator” danMesin “Blood gas analysis” dan lain-lain.
 
OBJEKTIF

Memberi perawatan diagnosa, teraputik dan pemulihan yang berkesan dan selesa kepada bayi yang baru lahir dan pesakit neonat yang berusia diantara satu hingga 27 hari.

Memberi perawatan yang intensif kepada pesakit neonat.

Mengurangkan kejadian mortality dan mobiditi.

 

POLISI

Akan memenuhi Visi dan Misi Hospital untuk menjadikan Hospital Keningau satu pusat perawatan yang berkualiti dan cemerlang pada tahun 2010, serta memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan professional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

STRUKTUR DAN UNIT

Unit ini pada keseluruhanya berhawa dingin dan dibahagi kepada beberapa bilik Khas, untuk pengendalian kes-kes yang tenat dan memerlukan rawatan intensif akan dirawat dibilik Intensif. Manakala, kes-kes yang stabil akan dirawat dibilik no. 7& 8 serta dibilik Pemulihan. Bayi-bayi ini akan diletakkan bersama ibu-ibu mereka bagi menggalakan ‘Maternal Bonding’ dan meneruskan penyusuan susu ibu. Bagi kes yang berrisiko berjangkit akan dirawat dibilik Pengasingan. Selain itu, bilik Rehat ibu juga disediakan untuk ibu-ibu berehat.


PIAGAM PELANGGAN

KEMASUKAN

Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan baik, mesra bertimbang – rasa, hormat dan bersopan-santun.

Ibubapa diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke unit.

Setiap pesakit akan ditempatkan di infant warmer / kot / inkubator dalam masa 5 minit jika dimaklumkan terlebih dahulu.

Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dengan serta-merta bagi kes yang tenat dan 30 minit bagi pesakit stabil.

Setiap pesakit diberi jaminan bahawa konfidentialiti akan sentiasa terpelihara semasa menerima rawatan.

Setiap ibubapa pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur, penyakit dan rawatan yang dirancang termasuk risiko dan pilihan yang lain.

Rondaan Pegawai Perubatan setiap hari akan bermula dengan kes-kes yang tenat.

DISCAJ

Ibubapa pesakit akan diberitahu 12 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.

Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara yang berikut:

o Makluman temujanji.
o Ringkasan discaj.
o Surat rujukan kepada Pakar / Pegawai Perubatan / klinik jika ada.
o Resit pembayaran

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi:
Jabatan Pediatrik
Unit Rawatan Rapi Neonat

Hospital Keningau
087 – 313000 Ext 5102

UNIT RAWATAN RAPI NEONAT

© Copyright Hospital Keningau. Unit Rawatan Rapi Neonat HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.