A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
26 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 26

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan


Sistem eLatihan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Matron Christina Tulas
Penyelia Ketua Jururawat U42
Ketua Unit Kejururawatan


Matron Agnes Ah Kuai
Ketua Jururawat U36


Matron Rukiah Yahya
Ketua Jururawat U36

 
 

VISI

“By the year 2020 Nursing in Malaysia will be delivered by
CAPABLE, SKILLFULL AND WELL EDUCATED NURSES
with broad general preparations and additional specialization that will provide directly or indirectly a range of
PROMOTIVE, PREVENTIVE, CURATIVE AND REHABILITATIVE
services including the management of
resources.”


MISI

Kami percaya bahawa :-

Amalan kejururawatan berkualiti didapati melalui pemilihan persedian dan pengekalan piawaian kejururawatan secara berterusan disamping penyerapan nilai-nilai budaya korporat yang tinggi melalui tiga nilai utama iaitu :

Budaya Penyayang
Professionalisme
Kerja berpasukan dalam suasana kerja yang menggalakan

Amalan dan kepakaran aspek Kejururawatan yang luas dan khusus membolehkan Jururawat mencapai taraf
professional yang diingini dan mengekalkannya pada tahap yang tinggi.


Jururawat mendapati kerjasama yang berkesan dalam Pengurusan Penjagaan Kesihatan secara berkumpulan bukan sahaja melalui amalan pengetahuan PROFESSIONAL,
penjagaan pesakit berdasarkan bukti (Evidence Based) tetapi juga melalui penglibatan yang aktif di dalam kebajikan masyarakat
dan peka terhadap pengaruh luaran mengikut peredaran penjagaan kesihatan semasa.


Sebarang Pertanyaan
Sila hubungi
UNIT KEJURURAWATAN
Tel: 087-313000
Sam. 2205
Fax: 087-331595

UNIT KEJURURAWATAN

PENGENALAN

Unit Kejururawatan Hospital Keningau telah diwujudkan pada September 2002. Unit ini terletak di lokasi Aras 2 berhampiran Wad Pembedahan Lelaki. Pada mulanya unit ini diketuai oleh seorang Ketua Jururawat dan dibantu oleh Penolong Jururawat Terlatih. Kini Unit Kejururawatan diketuai oleh Penyelia Jururawat U42.

Unit ini merupakan unit yang terbesar di antara unit-unit lain dengan bilangan staf yang paling ramai terdiri daripada jururawat pelbagai kategori dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Jumlah keseluruhan anggota 384.

Unit Kejururawatan memainkan peranan sebagai pusat perkhidmatan kepada semua jururawat. Unit ini menjadi tunggak sokongan Hospital Keningau ke arah memenuhi visi,misi dan objektif organisasi dalam memantapkan lagi perkhidmatan berkualiti yang memenuhi ekspektasi pelanggan.
 
OBJEKTIF


Membantu Jabatan dalam semua tugas penyeliaan dan pengurusan kejururawatan agar dapat berjalan dengan lancar.

Membantu jabatan meningkatkan perkhidmatan kejururawatan yang berterusan

Membantu jabatan menyelaras pelatih Jururawat, pelatih Jururawat Masyarakat dan Jururawat Kebidanan semasa menjalani pengalaman Klinikal di Hospital Keningau.

 q


PIAGAM PELANGGAN

Mengenalpasti keperluan latihan dan menyediakan peluang kursus bagi semua anggota HKGU supaya melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan, cekap dan terlatih untuk melaksanakan tugas harian dengan tahap profesionalisma yang tinggi.

Kami akan berusaha sedaya upaya memberi perkhidmatan kejururawatan yang cekap, effisien dan berkualiti berlandaskan Perkhidmatan Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan.

Unit Kejururawatan akan sentiasa berusaha untuk mempastikan anggota di bawah seliaan;

Memberi perawatan kejururawatan dengan mesra, adil, cekap, effisien dan berkualiti kepada setiap pelanggan

Setiap pelanggan diberi jaminan kerashian dan kehormatan semasa menjalani rawatan.

Perawatan kejururawatan dikendalikan dengan menggunakan kaedah proses dan standard kejururawatan.

Setiap pelanggan yang berurusan di Unit Kejururawatan akan dilayan dengan mesra dan adil semasa waktu pejabat berkaitan dengan kejururawatan seperti:-

Pengurusan surat rasmi – 3 hari

Pengurursan pekeliling-pekeliling rasmi– 3 hari

Pengurusan rekod-rekod – 3hari

Pengurusan sumber manusia (deployment) mengikut keperluan semasa

Pengurusan aduan awam :} Dalaman – serta merta dan Luaran – 7 hari

Segala pengurusan rekod akan diberi jaminan kerashiaan.


AKTIVITI-AKTIVIT
I


Aktiviti kualiti perkhidmatan kejururawatan ini diwujudkan sebagai satu usaha dan panduan untuk meningkatkan keberkesanan dan penglibatan anggota kejururawatan dalam aktiviti kualiti peringkat wad, unit sebagai sokongan ke arah pencapaian objektif pengurusan sistem kualiti peringkat Hospital:

01 Menggembling sepenuhnya tenaga kerja kejururawatan dalam penglibatan aktiviti "Q" di peringkat Unit/ Wad.

02 Memberi fokus kepada pembangunan sistem – sistem dan proses – proses kerja yang berkualiti.

03 Menekankan proses penambahbaikan dan berterusan (continuous improvement). Proses ini mengandungi tindakan – tindakan strategik yang dirancang dengan teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang dapat dicapai diperingkat Unit / Wad.

Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan.

Mengatur penempatan anggota kejururawatan yang baru melapor diri dan bertukar masuk ke hospital ini.

Menyampaikan kepada semua anggota kejururawatan tentang maklumat terkini kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa ke semasa.

Mengedarkan surat perkeliling berkenaan, surat pengumuman untuk perhatian anggota kejururawatan sebagai makluman dan tindakan.

Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan / digunakan di unit berkenaan.

Mengemaskini rekod semua kategori anggota kejururawatan.

Menyalurkan arahan / garis panduan / prosedur berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan yang dikeluarkan oleh Cawangan Jururawat dan Kementerian Kesihatan.

Menerima arahan dari Kolej Kejururawatan / Unit Latihan jika ada perubahan yang perlu mengenai isu-isu penempatan pelatih.

Memastikan semua anggota kejururawatan mengisi borang untuk pengamalan Jururawat setiap tahun.

Memastikan laporan bulanan dihantar ke ibu pejabat minggu pertama setiap bulan.

 

PENGURUSAN - KEJURURAWATAN

© Copyright Hospital Keningau. Unit Kejururawatan

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.