A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
24 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 24

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan


Sistem eLatihan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


En. Syamhairil bin Mohamed
Ketua
Jabatan Dietetik & Sajian

VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha meningkatkan perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan menyediakan makanan kepada pesakit melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kakitangan yang mahir dan bermotivasi tinggi.

MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha untuk :-

Perkhidmatan Sajian

Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.

Memberi makanan asas kepada pesakit mengikut kehendak dan permintaan selari dengan keperluan pemakanan mereka.

Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi–polisi, pekeliling – pekeliling dan arahan yang ditetapkan di samping memperkukuh amalan atau keperluan program Akreditasi dan MS ISO 9001 : 2000 di kalangan anggota jabatan.

Perkhidmatan Dietetik

Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidence – based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti dalam bidang terapi pemakanan perubatan.

Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam perkhidmatan dietetik dan sajian.

PENDIDIKAN PESAKIT

Pegawai Dietetik akan terlibat dalam program pendidikan pesakit yang telah diatur dan dijadualkan oleh pegawai atau Jururawat dari Unit / Jabatan yang berkaitan sekiranya ada permintaan.
 
PENGAJARAN DAN LATIHAN

Semua anggota Jabatan Dietetik & Sajian akan terlibat dalam aktiviti pengajaran dan latihan kepada pelatih dari Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta yang berkaitan sekiranya ada permintaan.

Setiap pelatih yang berkenaan hendaklah melapor diri di unit pentadbiran Hospital terlebih dahulu dengan membawa dokumen berkaitan seperti surat melapor diri dan sebagainya.

Pegawai bertugas di jabatan hendaklah sentiasa memantau dan menilai prestasi pelatih sewaktu mereka menjalani latihan praktikal di jabatan.

Sebarang Pertanyaan:
Sila hubungi

Jabatan Dietetik & Sajian
Tel: 087-313000
Sam. 6000, 6001 & 6002

Fax: 087-331595

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

PENGENALAN

Jabatan ini terletak di Aras 1 bersebelahan antara Stor Integrasi dan Asrama Jururawat. Tanggungjawab jabatan adalah untuk menyediakan perkhidmatan sajian dan dietetik klinikal. Perkhidmatan sajian mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat , manakala perkhidmatan dietetik pula menyediakan perkhidmatan terapi pemakanan perubatan kepada pesakit.

 

OBJEKTIF

1. Objektif Umum

1.1.

Untuk memastikan perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian serta promosi kesihatan dilaksanakan secara professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

2. Objektif Khusus

|2.1.

Menyediakan makanan yang menyeluruh kepada pesakit dalam (Inpatient) iaitu Diet Normal dan Diet Terapeutik berdasarkan kepada piawai yang dibenarkan.
2.2.
Memastikan kebersihan makanan adalah terjamin dalam proses penyediaan dan penyimpanan bahan mentah dan kering.
2.3.
Mengamalkan sistem ‘First In First Out’ (FIFO) dalam penggunaan bahan makanan.
2.4.
Mengamalkan kesemua peraturan dan arahan yang terdapat dalam ‘Hospital Diet Manual 2006’.
2.5.
Memastikan kualiti dan kuantiti barangan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan.
2.6.
Menyediakan perkhidmatan makanan untuk Pegawai Perubatan Bertugas Atas Panggilan (Dr. ‘On Call’). Rujukan : Bil (39) dlm. KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai – pegawai perubatan dan doktor siswazah.
2.7.
Menyediakan bekalan makanan kepada ‘Mother Accompanying Child’ (MAC) mengikut menu kelas 3. Rujukan : Bil (55 ) dlm. KKM 203/18 Jld. 3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau ‘Mother Accompanying Child’ (MAC).
2.8.
Menyediakan minuman ringan dan hidangan makanan kepada pesakit mengikut masa syif rawatan di Unit Hemodialisis serta membekalkan Makanan Tengahari dan Minuman Petang kepada Pusat Rawatan Harian.
2.9.
Memastikan khidmat ‘Medical Nutrition Therapy’ bagi diet oral serta ‘Nutrition Support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan bertugas.
2.10
Memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi yang berkaitan sekiranya ada.
2.11
Menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan

PIAGAM PELANGGAN:

Setiap pelanggan yang berurusan di jabatan ini dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, iklas serta jujur dan bersopan santun.

Makanan pesakit hendaklah siap dimasak 20 minit sebelum makanan tersebut diagihkan ke dalam tray pesakit.

Semua makanan yang disediakan adalah mengikut menu yang ditetapkan, bermutu, bersih, segar, selamat, mencukupi serta halal.

Semua makanan akan disiapkan ke dalam troli pada:

Sarapan Pagi           : 7.00 Pagi
Makan Tengah Hari : 11.30 Tengah Hari
Minum Petang        : 3.00 Petang
Makan Malam         : 5.00 Petang


AKTIVITI-AKTIVITI


Perkhidmatan Dietetik

Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ’medical nutrition therapy’ dengan menggunakan ’nutrition care process’ yang merangkumi ’nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation’ termasuk dokumentasi.

Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.

Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

Perkhidmatan Sajian

Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet, samada diet normal atau diet terapeutik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau doktor.

Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu.

Doktor yang bertugas atas panggilan di Hospital, akan dibekalkan diet kelas satu.

Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih dietetik dan pelatih katering dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.

Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.


PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Semua anggota jabatan juga akan turut terlibat dalam kajian mengenai bidang sajian dan dietetik klinikal dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu kerja dan prestasi operasi jabatan secara keseluruhan.

Penyelidikan yang dilaksanakan adalah dalam bentuk kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan makanan pesakit di Wad. Kajian ini dilakukan 2 kali setahun bagi mengkaji kepuasan hati pelanggan terhadap kualiti makanan yang dihidangkan.

PERKHIDMATAN KOMUNITI

Selain menjalankan tugas rasmi, Pegawai Dietetik juga terlibat dalam pelbagai perkhidmatan komuniti seperti ceramah dan kaunseling kepada orang awam dalam kempen dan program-program kesihatan.

Perkhidmatan komuniti ini boleh dikendalikan secara anjuran bersama atau jemputan dari pelbagai organisasi kerajaan atau bukan kerajaan, industri makanan atau persatuan, media massa dan sebagainya bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mempromosi aktiviti kesihatan.

Antara perkhidmatan komuniti yang memerlukan penglibatan Pegawai Dietetik adalah seperti berikut :-

a) Program Sambutan Bulan Pemakanan
b) Program Pengurusan Berat Badan Peringkat Hospital
c) Program Kem Kesihatan dan sebagainya.

SKOP PERKHIDMATAN:

Pembelian Bahan-bahan Mentah
Penyimpanan Bahan-bahan
Pemprosesan Makanan
Menyediakan dan Memasak
Membekalkan Susu Berformula Khas Untuk Pesakit
Kawalan Mutu Makanan
Dietetik Klinikal
Perkhidmatan Pesakit Luar
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Prosedur Rujukan Pesakit Dalam Wad
Prosedur Rujukan Pesakit Luar

PENGURUSAN ~ JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Dietetik dan Sajian HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.