A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
20 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 20

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document
Unit Teknologi Maklumat

Pengenalan Dan Latarbelakang

Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan yang bertanggungjawab dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hospital yang melibatkan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT, pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT.

Hospital Keningau merupakan salah sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology (HICT) dan berada di dalam kategori Hospital Information System (HIS). Justeru itu, HIS merupakan aktiviti utama unit ini kerana ia meliputi keseluruhan operasi hospital. Unit ini terletak di aras 2. Diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat gred F44, seorang Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 , dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F32 & F29 dan seorang Juruteknik Komputer gred FT17.

Objektif Umun

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat diwujudkan dengan objektif untuk memberikan sokongan teknikal ICT dan aplikasi kepada Hospital Keningau bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu HKGU menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap dan berkesan.

Perkhidmatan / Aktiviiti

1Memantau dan menyelenggara sistem aplikasi HICT
2Menganjurkan kursus pembudayaan ICT.
3Memberi bantuan teknikal dan khidmat sokongan operasi ICT
4Menyediakan pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi HKGU dan Menyediakan perkhidmatan rangkaian ICT
5Memantau dan menyelenggara sistem aplikasi Kerajaan Elektronik
6Pembangunan i~Portal HKGU dan Presentation Multimedia

 

VISI

MENJADIKAN HOSPITAL KENINGAU YANG BERKONSEPKAN BUDAYA ICT BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN SELARAS DENGAN DASAR KERAJAAN ELEKTRONIK
( E- GOVERNMENT).

MISI


Menggalakkan perkongsian maklumat, pengurusan pengetahuan dan pembinaan kapasti modal sumber manusia ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
--------------------
Menyelaras dan melaksanakan program-program Kerajaan Elektronik (EG) dan menyedia, menguruskan Infrastruktur dan perkhidmatan ICT khususnya dalam bidang sistem aplikasi, rangkaian, latihan bantuan teknikal kepada pengguna dan perkhidmatan.
--------------------
Mengurus penyelenggaraan peralatan, perisian dan sistem ICT serta memantau keselamatan sistem dan rangkaian di Hospital Keningau.
--------------------
Meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT untuk menjadikan lebih cekap dan produktif.
--------------------
Mewujudkan polisi dan piawaian sistem untuk mengekalkan perkhidmatan ICT yang cekap, selamat dan dipercayai.
--------------------
Membantu pengurusan dalam menghasilkan keperluan IT dan memberikan nasihat dan cadangan ke atas potensi IT dalam memenuhi keperluan pengurusan.

PIAGAM PELANGGAN

BAGI MEMBERI PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG CEKAP DAN BERKESAN KEPADA HOSPITAL KENINGAU
Kami Warga kerja Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Hospital Keningau komited"

o

Akan bertindak kepada aduan Warga kerja Hospital Keningau dalam masa 24 jam.

o

Akan memberi khidmat mengenai masalah berkaitan teknologi maklumat kepada jabatan / pengguna.

o

Akan memberi latihan teknologi maklumat kepada 10 orang anggota sektor awam setiap bulan.

o

Akan bertindak serta merta di atas segala aduan / pertanyaan berhubung dengan teknologi maklumat.









Pn. Chua Boon Fui 
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F44

Lokasi Unit ICT
Aras 2, Hospital Keningau

Pn.Chua Boon Fui
Tel: 087313000 Ext.1244
bfchua@moh.gov.my


Pn. Sitti Saenab Mohamad
Tel: 087313000 Ext.1232
saenab@moh.gov.my


Puan Zarinah Binti Osman
Tel: 087-313000 Ext. 1233
zarinah.o@moh.gov.my

Puan Junaitah John
Tel: 087-313000 Ext. 1233
junaitah@moh.gov.my

PENGURUSAN~UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ::: ICT

© Copyright Hospital Keningau. Un it Komunikasi & Teknologi Maklumat HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.