A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
29 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 29

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Encik Sius F. Sairus
Ketua Jabatan Pesakit Luar
MISI

Memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beriteka secara cekap dan profesional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

VISI


Menjadikan Jabatan Pesakit Luar sebagai satu pusat perawatan berkualiti, cemerlang dan terunggul di Pedalaman Sabah menjelang Tahun 2010.

 

MASA KAUNTER JABATAN PESAKIT LUAR DIBUKA

HARI
ISNIN - KHAMIS

6.30 PAGI - 12.30 TH
1.30 PTG - 4.30 PTG

HARI JUMAAT
6.30 PAGI - 11.00 PAGI
1.30 PTG - 4.30 PTG

HARI SABTU, AHAD & CUTI UMUM
Tidak Dibuka

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Jabatan Pesakit Luar
Tel: 087-313000
Samb: 6065/6064

JABATAN PESAKIT LUAR

PENGENALAN

J
abatan Pesakit Luar telah menyertai Hospital Keningau pada 3 Mac 2008 dan terletak di premis Klinik Pakar. Sebelum ini, Jabatan Pesakit Luar adalah Klinik Kesihatan Keningau yang terletak kira kira ½ km dari Pekan Keningau. Jabatan Pesakit Luar adalah di bawah Pengurusan dan Pentadbiran Hospital Keningau dimana Pengarah Hospital sebagai Ketua Jabatannya.

Urusan pentadbiran Jabatan Pesakit Luar ini dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga (Y/M) dan beberapa Pegawai Perubatan yang ditempatkan di Jabatan ini. Jabatan ini juga disokong oleh seorang Pakar Perubatan Keluarga dari bahagian Kesihatan. Jabatan Pesakit luar mempunyai 9 bilik konsultasi / pemeriksaan dan 1 bilik untuk Pakar perubatan .
 


OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan pencegahan, perawatan dan promotif kepada semua lapisan masyarakat khususnya di kawasan Pedalaman. Perkhidmatan ini adalah yang mudah diperolehi, selesa, lengkap dan efektif serta mesra pelanggan dengan kualiti yang tinggi kepada pesakit agar dapat menjalankan kehidupan, ekonomi dan sosial yang produktif dan dapat menyumbang kepada kemakmuran negara.


PIAGAM PELANGGAN


Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopansantun, jujur dan ikhlas.
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
Semua pesakit akan diberi perkhidmatan mengikut giliran.
Proses pendaftaran pesakit akan dilakukan dalam masa 20 minit.

Pemeriksaan pesakit akan dilakukan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada keadaan semasa seperti bilangan Pegawai Perubatan / Penolong Pegawai Perubatan yang mengendalikan Klinik pada hari tersebut.

Pelanggan akan disediakan dengan kemudahan asas dan persekitaran yang bersih.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.

*

*

Jabatan Pesakit Luar terbahagi kepada 2 bahagian utama ia itu:

Klinik Jabatan Pesakit Luar

* Bilik 1 - Pegawai Perubatan Y/M
* Bilik 2, 3, 4 & 5 - Pegawai Perubatan
* Bilik 21 - Pakar Perubatan Keluarga
* Bilik 6 , 7, 23 & 24 - Penolong Pegawai Perubatan

Bilik Rawatan Jabatan Pesakit Luar ( Bilik 22 )

Memberikan perkhidmatan:-

-
Dressing; Injections; STO; ECG; Wound inspection;Ear Toilet / swab; Eye Swab.
-
Pengurusan Medical check Up.


FUNGSI- FUNGSI:


1. Fungsi Umum - Pengurusan Perkhidmatan
2. Fungsi Khusus - Rawatan Pesakit Luar.




FUNGSI UTAMA:

Fungsi utama ialah memberi perkhidmatan yang sewajarnya dari segi:

FUNGSI- FUNGSI:


1. Diagnosis
2. Pencegahan penyakit
3. Rawatan
4. Kesihatan Keluarga
5. Rawatan Pemulihan
6. Promosi Pendidikan Kesihatan.



AKTIVITI SEMASA:

-
Melaksanakan program e-Masa Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Melaksanakan progran Early Extended Hours untuk memberi perkhidmatan seawal mungkin kepada pelanggan dan juga untuk memendekkan masa menunggu pesakit.

PENGURUSAN ~ JABATAN PESAKIT LUAR

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Pesakit Luar HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.