A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
28 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 28

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Dr. Loly Mealonny Geofrey
Pegawai Perubatan
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

Sr. Sabinah Andrew
Ketua Jururawat U32
Wad Obstetrik & Ginekologi



Sr. Lucia Gompok
Ketua Jururawat U32
Dewan Bersalin



Sr. Zarina Mahmud
Ketua Jururawat U32
Dewan Bersalin

VISI

Menjadikan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi sebagai sebuah pusat perawatan berkualitiyang cemerlang dan terunggul di pedalaman Sabah menjelang Tahun 2010.

MISI

Memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan professional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi.
 

OBJEKTIF

Mempertingkatkan kualiti pengurusan pesakit melalui perkhidmatan diagnostic, rawatan, penjagaan bermutu tinggi, pendidikan berterusan dan pemulihan awal yang berkesan.

 

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Jabatan
Obstetrik dan Ginekologi

Tel: 087-313000


Klinik Obstetrik dan Ginekologi
Ext. 3100

KAUNTER
Wad Obstetrik dan Ginekologi
Ext. 5200
Ketua Jururawat
Ext. 5202

KAUNTER
Dewan Bersalin
Ext. 5113
Ketua Jururawat
Ext. 5114

FAX:087-331595

JABATAN
OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Keningau mula beroperasi pada 8 Februari 2004. Jabatan ini di kendalikan oleh seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan serta di bantu oleh 4 orang Pegawai Perubatan, dan dibawah pengurusan Ketua Jururawat.

Jabatan ini merangkumi:
Klinik Obstetrik dan Ginekologi (Aras 1)
Wad Obstetrik dan Ginekologi (Aras 2) dan
Dewan Bersalin (Aras 1 bersebelahan SCN).

Jabatan ini berfungsi sebagai Pusat rujukan dan menerima kemasukan bagi kes-kes rumit yang dirujuk dari Daerah Tenom, Tambunan, Pusat Kesihatan Nabawan dan Pensiangan dan semua Klinik Desa di bahagian Pedalaman.

Unit Obstetrik dan Ginekologi mempunyai 28 buah katil dan di bahagikan kepada 2 Disiplin iaitu:

~ Obstetrik yang merangkumi Antenatal dan Postnatal (22 buah katil)
~ Ginekologi (6 buah Katil)

Unit Dewan Bersalin mempunyai 8 buah katil serta 2 buah katil untuk persediaan pemeriksaan.

 OBJEKTIF BAHAGIAN UNIT

i.

Melaksanakan tugas-tugas perawatan yang berkesan dan bermutu tinggi diberi kepada ibu-ibu mengandung, ibu-ibu dalam pelahiran, ibu-ibu selepas bersalin serta bayi-bayi sehingga ibu dan bayi keluar dari Hospital.
ii.
Memastikan taraf Perkhidmatan bermutu tinggi kepada ibu-ibu mengandung berisiko tinggi.
iii.
Mengenal pasti serta mengatasi tanda-tanda awal yang boleh memudaratkan ibu dan kandungannya.
iv.
Melaksanakan tugas-tugas perawatan yang bermutu tinggi, cekap dan berkesan berpandukan prinsip kejururawatan, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF DEWAN BERSALIN

i.

Memastikan penjagaan ibu-ibu mengandung sebelum, semasa dan selepas bersalin ditahap optima agar insiden kematian ibu dan bayi dapat dikurangkan.
ii.
Memastikan keselamatan bayi dijaga semasa kelahiran dan juga sepanjang berada di Dewan Bersalin.
iii.
Mengurangkan komplikasi kepada ibu-ibu selepas bersalin.

OPERASI DEWAN BERSALIN SECARA AM

i.

Menerima dan merekod semua kes kemasukan.
ii.
Mengendalikan tugas~tugas failing dan dispatching kesnota pesakit.
iii.
Menerima dan mengendalikan pemeriksaan antenatal kes-kes rujukan dari O & G Klinik, Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Klinil Kesihatan dan Hospital Lain ( Tenom dan Tambunan ).
iv.
Mengendalikan pemeriksaan USG dan pengambilan contoh spesimen..
v.

Mengendalikan kes kelahiran biasa.

vi.

Mengendali kes-kes kecemasan untuk pembedahan LSCS, MRP.

vii.

Memberi pendidikan kesihatan.

viii.

Mengendalikan kes rujukan ke QEH.

ix.

Menyelia pengalaman klinikal bagi Pelatih NSM dan JMP.

PIAGAM PELANGGAN

i.

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
ii.
Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan wad.
iii.
Setiap pesakit akan ditempatkan di katil dalam tempoh 10 minit.
iv.
Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
v.

Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangankan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

vi.

Pesakit yang berpontensi untuk dirujuk ke Queen Eliizabeth Hospital akan diperiksa terlebih dahulu oleh Pegawai Perubatan atau pakar semasa membuat rondaan wad.

AKTIVITI UTAMA:

Perkhidmatan di Jabatan (O & G) boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :-

• Aktiviti Penyaringan

Contohnya : Penyaringan ”pap smear” dan penyaringan HIV untuk ibu mengandung.

• Aktiviti Diagnosis

Meliputi pemeriksaan klinikal, pemeriksaan ”ultrasound”, pemeriksaan radiologi dan pemeriksaan makmal.

• Aktiviti Perawatan
Meliputi perawatan obstetrik dan perawatan ginekologi. Perawatan obstetrik merangkumi rawatan kelahiran termasuk penjagaan sebelum dan selepas bersalin, kelahiran instrumentasi, pembedahan caesarean dan lain-lain perawatan berkaitan feto-maternal. Rawatan ginekologi merangkumi pembedahan ginekologi, rawatan ginerkologi umum, rawatan gine-onkologi, rawatan uro-ginekologi, rawatan menopos dan rawatan perubatan reproduktif termasuk prosedur ”intra-uterine insemination” (IUI) bagi perawatan kesuburan.

• Aktiviti Pencegahan
Contoh aktiviti pencegahan yang dijalankan ialah pengendalian klinik pra-mengandung, pemberian pil-pil hematinik untuk ibu mengandung bagi mecegah anemia dan pemberian asid folik untuk mengurangkan kadar kecacatan janin.

PERKHIDMATAN

Memberi sokongan emosi terhadap ibu-ibu yang bekal melahirkan anak.
Memberi rawatan dan penjagaan kepada ibu-ibu selepas bersalin.
Memberi perkhidmatan 24 jam.
Memberi immunisasi (BCG) kepada bayi-bayi sihat yang baru lahir.
Memberi Pendidikan Kesihatan kepada ibu-ibu serta keluarga sebelum discaj.
Memberi penjagaan Antenatal dan Postnatal kepada ibu-ibu yang mempunyai komplikasi semasa menggandung seperti kes-kes PIH dan sebagainya.
Memberi penjagaan Antenatal dan Postnatal kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan yang sediada (existing medical conditions).
Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu teknik yang betul tentang penyusuan susu ibu.
Mempromosi dan membantu ibu-ibu menyusukan bayi mereka.
Menjalankan pembedahan kes-kes Obstetrik dan Ginekologi yang asas dan yang rumit. Pembedahan dilakukan pada setiap Hari selasa dan Khamis bagi kes-kes elektif.

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Obstetrik & Ginekologi HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.