A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
29 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 29

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document

 
Dr KUMAR UBHYA
Ketua Jabatan Pediatrik


Sr MINIS JUKING
Ketua Jururawat U32
YM Wad Pediatrik

POLISI

Akan memenuhi Visi dan Misi Hospital untuk menjadikan Hospital Keningau satu pusat perawatan yang berkualiti dan cemerlang pada tahun 2010, serta memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan professional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan

VISI

Jabatan Pediatrik Hospital menyokong visi Hospital Keningau bagi meneruskan perkhidamatan pengurusan perawatan kesihatan yang berkualiti selaras dengan Slogan Ceria, Canggih dan Cemerlang yang lebih mesra dan prihatin.

MISI

Jabatan Pediatrik akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih bersepadu terhadap kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak untuk menjadikan generasi yang berkualiti pada negara.

 

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Jabatan Pediatrik
ARAS 4

Tel: 087-313000
Ext. 3400
Fax: 087-331595




JABATAN PEDIATRIK

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik mempunyi 3 unit berasingan yang dikendalikan oleh 3 orang Ketua Jururawat. Unit – Unit tersebut ialah :-

Wad Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Neonat dan Klinik Pakar Pediatrik. Slogan untuk Jabatan ini ialah – Ceria, Canggih dan Cemerlang. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi Hospital Daerah Tenom, Tambunan dan Pusat-pusat Kesihatan / Klinik Kesihatan Daerah Pedalaman Keningau dan menerima kes-kes untuk rawatan Intensif.

Jabatan Pediatrik pernah mendapat Anugerah Pediatrik 2004 Kategori Hospital Pakar Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Wad Pediatrik mula beroperasi pada bulan Februari 2004. Ianya terletak di Aras 4, Hospital Keningau dan mempunyai 28 buah katil. Wad ini menempatkan pesakit bayi berumur 28 hari dan kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun yang mempunyai masalah medikal sahaja.

Wad ini terbahagi kepada 7 kubikel dan 2 bilik pengasingan untuk pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit atau pesakit yang perlu diasingkan. Sebuah ’Play Room’ disediakan dimana pesakit boleh bermain, membaca dan melakukan aktiviti–aktiviti lain dibawah pengawasan seorang Jururawat atau pun Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut jadual.

 
OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan dalam pengesanan, perawatan dan pemulihan yang maxima bagi bayi berumur 28 hari dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Meneruskan pemantauan terhadap kesihatan dan perawatan bayi dan kanak-kanak dari masa kesemasa.

Meningkatkan taraf perawatan yang lebih mesra dan prihatin terhadap masalah kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak.

Menghantar anggota untuk latihan lanjutan, kursus, seminar dan bengkel dari masa kesemasa untuk meningkatkan kemahiran bagi memenuhi tenaga profesional yang berkualiti.


PIAGAM PELANGGAN

Kemasukan

o
Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan baik, mesra bertimbang rasa, hormat dan bersopan-santun, jujur dan iklas.
o
Setiap pesakit dan Ibubapa diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
o
Setiap pesakit akan ditempatkan di katil dalam masa 5 minit.
o
Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dengan serta-merta bagi kes yang tenat dan 15 minit bagi pesakit stabil.
o
Setiap pesakit diberi jaminan bahawa konfidentialiti akan sentiasa terpelihara semasa menerima rawatan.
o
Setiap ibubapa pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur, penyakit dan rawatan yang dirancang termasuk risiko dan pilihan yang lain.
o
Pesakit yang berpotensi untuk dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth / HPL akan diperiksa terlebih dahulu oleh Pegawai Perubatan / pakar semasa membuat rondaan.

Discaj

Pesakit / Ibubapa pesakit akan diberitahu 24 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad. Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara yang berikut:

o
Maklumat temujanji.
o
Ringkasan discaj.
o
Surat rujukan kepada Pakar / Pegawai Perubatan / Klinik (jika ada).
o
Resit pembayaran caj Hospital.
o
Pendidikan kesihatan.
o
Ubat-ubatan jika ada.

PERKHIDMATAN:
o
Memberi perkhidmatan perawatan dan perubatan kepada pesakit yang berumur 28 hari dan bawah 12 tahun. ( kes medikal sahaja)
o
Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit, ibubapa dan penjaga mengikut penyakit yang dialami sepanjang pesakit berada di wad.
o
Merujuk pesakit ke Klinik Kesihatan bagi kes cicir immunisasi.
o
Memberi pendidikan kesihatan dan galakan tentang penyusuan susu ibu dan makanan seimbang.
o
Merujuk pesakit kepada Pegawai Kebajikan bagi pesakit yang yang memerlukan bantuan
o
Sebagai pusat tranfusi darah bagi pesakit talasemia.
o
Memberi kaunseling kepada ibubapa dan keluarga/ penjaga.

AKTIVITI-AKTIVITI

o
Continuous Nursing Education / CPD, dimana semua anggota menghadiri bagi memenuhi kredit point yang diperlukan bagi pengamalan tahunan,
o
Mengadakan program mento-mentee diwad oleh KJT dan anggota senior.
o
Membuat penyeliaan kepada Pelatih-Pelatih Pembantu Perubatan yang membuat praktikal diwad
o
Berkerjasama dengan anggota Day Care Unit setiap Hari Selasa dan Khamis, mengendalikan pesakit talasemia untuk transfusi darah.
o
Mengadakan mesyuarat wad dan mortality setiap bulan,
o
Terlibat dalam mengendalikan perhimpunan pagi apabila tiba giliran wad.
o
Mengadakan kajian Kepuasan pelanggan dan Piagam Pelanggan
2 kali setahun.
o
Mengadakan aktiviti pemantauan 7 ‘S’ kepada anggota wad.
o
Berkerjasama mengendalikan aktiviti penambahbaikan untuk akreditasi dan MS ISO .
o
Menjalankan kajian dan pemantauan NIA - Thrombophblitis.
o
Mengendalikan aktiviti-aktiviti talasemia apabila tiba Hari Talasemia.
o
Mengadakan aktiviti untuk pesakit di ‘play Room’ setiap hari mengikut jadual

 

JABATAN PEDIATRIK

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Pediatrik HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.