A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
20 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 20

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document

DR. SEIN WIN
Ketua Jabatan Anestesiologi



Pn. Mainah Kagi
Ketua Jururawat U32
Dewan Bedah

 

VISI

Unit Dewan Bedah akan memberi perkhidmatan operatif yang cekap dan berkesan berasaskan kepada teknologi moden
di samping memperolehi anggota perubatan yang berpengetahuan lengkap berkaitan perkhidmatan operatif yang berkualiti menjelang Tahun 2010.
 

MISI

Meningkatkan usaha dan berkerjasama untuk mempastikan perkhidmatan unit dilaksanakan berlandaskan kepada kemajuan teknologi moden dan merancang latihan kepada semua kategori anggota untuk menambahkan pelbagai bidang pengetahuan berkaitan dengan unit dewan bedah.

PERKHIDMATAN

Pembedahan Diagnostik

Pembedahan Perawatan

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Jabatan Anestesiologi
Tel: 087-313000

Ext. 4220
( Kaunter Luar )

Ext. 4221
( Kaunter 1 )

Ext. 4222
(Kaunter Kejururawatan)

Ext. 4223
( Kaunter MO )
Ext. 4224
( Bilik Pakar Bius
)
Ext. 4225
( Bilik MO Bius )
Ext. 4226
( Bilik Ketua Jururawat )


Fax: 087-331595

JABATAN ANESTESIOLOGI
~ Dewan Bedah

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi merupakan Jabatan sokongan yang penting bagi kesemua jabatan yang berasaskan pembedahan. Jabatan ini telah memberikan perkhidmatan sejak daripada penubuhan hospital ini. Selain daripada memberikan perkhidmatan bius, jabatan ini juga menjadi tunjang kepada perkhidmatan Rawatan Rapi.

Dewan Bedah Hospital Keningau merupakan tempat pembedahan dan pembiusan bagi kes elektif dan kecemasan daripada hospital ini sendiri dan juga kes yang dirujuk daripada hospital lain iaitu dari daerah berhampiran seperti Tenom, Tambunan, Nabawan dan lalin-lain, yang di kendalikan oleh Pakar Hospital ini mengikut disiplin pembedahan masing-masing. Dewan Bedah ini juga sering menerima lawatan pakar (visiting surgeon) mengikut jadual sepanjang tahun dan mengendalikan kes pembedahan seperti “Plastic & Reconstructive Surgery, Opthalmology“ dan sebagainya. Biasanya daripada Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Dewan Bedah ini mempunyai 35 orang anggota yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan iaitu Pakar Bius 1 orang, Pegawai Perubatan Bius 3 orang, Penolong Pegawai Perubatan Bius 4 orang, Jururawat 21 orang dan Pembantu Perawatan Kesihatan 6 orang.

Antara disiplin pembedahan yang sering dikendalikan adalah:

~ Pembedahan Am
~ Orthopedik
~ Obstetrik & Ginaekologi
~ Opthalmologi
~ Plastic (Visiting Surgeon)
~ ENT (Visiting Surgeon)

 

OBJEKTIF

*
Memastikan setiap pesakit yang menjalani prosedur / pembedahan diberi anesthesia (pembiusan) dengan selamat dan berkesan serta menyediakan perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit tenat.
*
Mempastikan keselamatan pesakit dengan menyemak pesakit adalah betul, borang kebenaran pembedahan telah ditandatangani dan persediaan pesakit dari segi mental dan fizikal.
*
Menyediakan persekitaran adalah sesuai untuk aktiviti pembedahan dan mempastikan semua keperluan pembedahan telah disuci hama (sterile).
*
Mempastikan jangkitan silang tidak berlaku dengan mengamalkan ‘universal precautions’ dan mengikut tatacara unit yang telah ditetapkan. Menyediakan perawatan rapi di bilik pemulihan selepas pembedahan.

FUNGSI JABATAN

*
Menyediakan perkhidmatan pembiusan kepada pesakit-pesakit untuk menjalani pembedahan di dewan bedah.
*
Memberi perawatan dan penjagaan rawatan rapi serta subkritikal bagi pesakit-pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan dan sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
*
Menyediakan perkhidmatan ''acute pain service'' dan labour analgesia.
*
Merancang program latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan anggota seperti latihan sarjana perubatan, Kursus Pos Basik,Kursus CPR, Kursus APS, Kursus ''Refresher Perioperative'', Kursus Refresher Critical Care dan lain-lain.

PIAGAM PELANGGAN

*
Sentiasa bersedia menerima pesakit setiap masa.
*
Setiap pesakit akan diberi layanan berasaskan kepada budaya masyarakat penyayang (budaya koprat).
*
Setiap pesakit akan diberi layanan secepat yang mungkin.
*
Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai jenis prosedur, jenis pembiusan serta risikonya.
*
Setiap pesakit dijamin akan dilindungi kerahsiannya.
*
Setiap pesakit diberi penjagaan rapi sepanjang prosedur pembedahan di jalankan.
*
Setiap pesakit diberi penjagaan rapi selepas prosedur pembedahan iaitu semasa pemulihan pesakit dari bius dan akan di hantar ke wad selepas pulih dari pembiusan.
*
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi Pengarah Hospital Keningau atau ketua Unit Dewan Bedah.

AKTIVITI-AKTIVITI
1
Anestesia di Dewan Bedah
*
*
*
*
*
Bius Umum IPPV.
Bius Umum Face Mask.
Bius Umum LMA
Bius Setempat.
Bius Regional.
2
Penyediaan dan pembedahan pesakit
3
Penyediaan peralatan.
4
Aseptik teknik.
5
Penjagaan pesakit di kawasan pemulihan.

KEMUDAHAN JABATAN

*
Mesin anesthesia 4 buah
*
Monitor pembedahan multi purpose 3 buah
*
Monitor pembedahan recovery 8 buah
*
Mikroscope untuk pembedahan mata 1 buah
*
Laparascope untuk pembedahan diagnostik dan rawatan 1 buah
*
Mesin pengimejan diagnostik 1 buah
*
Warmer untuk pesakit 1 buah
*
Televisyen 1 buah
*
Kerusi 4 buah ( bilik menunggu )
*
Meja 1 buah ( bilik menunggu )

JABATAN ANESTESIOLOGI

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Anestesiologi HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.