A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
27 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 27

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


DR. SEIN WIN
Ketua Jabatan Anestesiologi

Sr. Beatrice Olas
Ketua Unit ICU/CCU

 

VISI

Untuk rawatan Rapi / Jantung Hospital Keningau akan berusaha menyediakan perkhidmatan rawatan intensif yang berkualiti dan cemerlang dalam 24 jam sehari dari perbagai disiplin.

MISI

Untuk merealisasikan visi rawatan intensif dengan mengadakan alat–alat kelengkapan yang terkini dan sentiasa berfungsi, anggota yang mahir, dedikasi dan bertanggungjawab serta memberi latihan yang berterusan kearah kecemerlangan perawatan intensif.

PINDAH KELUAR

Pesakit akan diberitahu 24 jam lebih awal mengenai masa pindah ke wad.
Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara seperti berikut:
(i)
Nasihat dan pendidikan kesihatan.
(ii)
Resit pembayaran discaj Hospital
(untuk kes-kes kematian/kes rujukan ke Hospital lain)

SKOP PERKHIDMATAN

Fungsi utama unit ini adalah untuk memberi rawatan intensif kepada pesakit yang kritikal. Beroperasi 24 jam dan menerima pesakit dari pelbagai disiplin seperti Perubatan, Obstetrik, Ginekologi, Pediatrik, Orthopedic, ENT, Mata dan Dental.
 

MASA PERKHIDMATAN

Beroperasi 24 jam secara bergilir – gilir dalam 3 sif iaitu:
Sif pagi
7 pagi hingga 2 petang
Sif petang
2 petang hingga 9 malam
Sif malam
9 malam hingga 7 pagi

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
UNIT RAWATAN RAPI
TEL: 087-313000
Kaunter Jururawat
Ext. 4241
Bilik Ketua Jururawat Ext.4243
Bilik Pegawai Perubatan Ext.4242
Bilik Pegawai Perubatan On call 4240
FAX:087-331595

JURURAWAT
yang boleh dihubungi untuk rujukan semasa ketiadaan
Ketua Jururawat:
JT Mariani Ahmad
JT Rita Kimin,
JT Siah Nabin

JABATAN ANESTESIOLOGI
~Unit Rawatan Rapi (ICU)
~Unit Perawatan Jantung
CCU)

PENGENALAN

Unit Rawatan Rapi dan Jantung terletak diAras 2, Hospital Keningau berhampiran dengan Unit Rawatan Harian dan Dewan Bedah. Unit ini merupakan perkhidmatan yang pertama terdapat di Hospital Keningau, sebelum ini semua pesakit yang kritikal ditempatkan di wad atau dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Unit ini menerima pesakit dari wad dan dari Jabatan Kecemasan bagi pesakit yang dirujuk dari luar kawasan Keningau seperti Hospital Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Hospital ini telah dibuka pada 09hb Februari 2004. Disebabkan ketiadaan Pakar Bius dan kekurangan anggota kerja hanya Unit Rawatan Jantung saja mula beroperasi pada 1 hb Julai 2004 dibawah jagaan Pakar Perubatan.

Unit Rawatan Rapi mula beroperasi pada Oktober 2004 setelah Pakar Bius ditempatkan di Hospital Keningau.

 

WAD LAYOUT

Unit Rawatan Rapi mempunyai 4 buah katil untuk menempatkan pesakit dari multi disiplin dan Unit Rawatan Jantung pula mempunyai 2 buah katil yang ditempatkan di bilik yang berasingan.

OBJEKTIF

Untuk memberi perawatan intensif kepada pesakit klien yang memerlukan pemerhatian dan pengurusan rapi dengan bantuan pernafasan kepada klien yang berpotensi dapat diselamatkan.

Memastikan semua anggota punya kemahiran dan pengetahuan mengenai perawatan intensif.

Memberi pembelajaran yang berterusan dalam bidang kejururawatan kepada semua anggota kerja untuk meningkatkan pengetahuan kearah perkhidmatan yang tepat serta cekap.


PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

Selepas tiba di wad setiap pesakit dan keluarganya akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.

Setiap pesakit akan di pindahkan ke katil dan di stabilkan dengan segera.

Setiap pesakit akan di periksa oleh pegawai perubatan dengan serta merta.

Setiap pesakit akan di beri jaminan bahawa kehormatanya akan di pelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai rawatan dan penyakitnya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu sahaja dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.

Setiap pesakit dan keluarga akan diberi penerangan yang jelas mengenai procedure dan rawatan yang di cadangkan termasuk risiko dengan pilihan yang lain.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI ICU / CCU

1.Peralatan Perubatan

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mesin Ventilator terdapat 5 buah
Mesin ABG dan Electrolyte
Mesin Haemodylisi
“Bed side dan Central patients monitor”
Syringe dan Infusomate pump – 18
Electronic Functional bed – 6
2.Bilik Bengkel Haemodinamik

i.
ii.

Tempat untuk mencuci, disinfectant, mengeringkan peralatan ventilator.
Tempat menyediakan mesin ventilator untuk di gunakan bila perlu

3.Kemudahan soket khas UPS

i.

Soket Khas UPS ini adalah sebagai “back up“ semasa bekalan elektrik putus supaya mesin-mesin boleh berfungsi berterusan tanpa gangguan.
4.Bilik Makmal

i.
ii.

Mesin untuk pemeriksaan darah untuk “Aterial Blood Gases”.
Mesin untuk pemeriksaan darah Electrolyte.


AKTIVITI-AKTIVITI

1.

Penjagaan dan perawatan pesakit

2.

Pendidikan kesihatan

3.

Peningkatan pengetahuan dan Latihan Pengendendalian peralatan perubatan.

4.

Menjalankan ujian ABG ~ atas arahan Pegawai Perubatan / Pakar saja

5.

Aktiviti kualiti khas

PERKHIDMATAN

1.

Perkhidmatan rawatan intensif kepada pesakit kritikal dari berbagai disiplin.

1.1.
1.2.
1.3.

Perkhidmatan bantuan pernafasan mekanikal
Perkhidmatan Haemodialysis
Rawatan lain-lain seperti yang terdapat di wad biasa
2.Perkhidmatan pemerhatian rapi
Pemerhatian berterusan Echocardiogram 12 leads
Pemerhatian berterusan tekanan darah secara invasive
Pemerhatian berterusan “Central Venous Pressure”

2.1.

Pemerhatian lain-lain seperti yang terdapat di wad biasa

UNIT RAWATAN RAPI~ICU / CCU

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Perubatan Am HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.