A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
27 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 27

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


En. Dosuil Lakasa
Ketua Jabatan Patalogi

VISI

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
 

MISI

Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi
satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya
kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecermerlangan rawatan pesakit.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
JABATAN PATALOGI
Tel: 087-313000
Kaunter Patalogi Ext. 1273

En. Dosuil Lakasa
Pegawai Sains (Kimiahayat) C44
Ext. 1265

En. George Kipa
Juruteknologi Makmal Perubatan U32
Unit Mikrobiologi Ext. 1272

Pn. Philipa Linus Limbui
Juruteknologi Makmal Perubatan U32
Unit Biokemia Ext. 1272

En. Simon Kajunal
Juruteknologi Makmal Perubatan U32
Klinik Pakar /JPL Ext. 4140

En. Yahanis Haim
Juruteknologi Makmal Perubatan U32
Unit Haemotologi Ext.1272

Unit Cytologi/Histologi Ext.1236

JABATAN PATALOGI

PENGENALAN

Jabatan Patologi merupakan satu Jabatan di Hospital Keningau yang memberi perkhidmatan diagnostik terletak di Aras 2, bangunan Hospital Keningau. Jabatan Patologi mengandungi beberapa unit seperti Patologi Kimia, Haematologi, Mikrobiologi, Hispatologi, Sitologi dan Perkhidmatan Transfusi Darah.

Jabatan Patologi, Hospital Keningau juga mempunyai perkhidmatan diagnostik untuk keperluan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Pakar yang terletak di Aras 1, Kompleks Klinik Pakar, Hospital Keningau.

Di dalam Unit-Unit tersebut, terdapat beberapa unit mengikut pengelasan ujian makmal yang tertentu dan diterajui oleh Ketua Unit.

Unit Patologi Kimia (termasuk makmal Klinikal dan makmal dadah)
Unit Mikrobiologi Perubatan (Bacteriologi & Serologi)
Unit Hematologi
Unit Sitologi (Sitologi & Histologi)
Unit Makmal Klinik Pakar / Jabatan Pesakit Luar
Unit Perkhidmatan Transfusi Darah (Tabung Darah)

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Patologi adalah untuk menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai disiplin makmal patologi dengan mengadakan ujian-ujian dan penyelidikan yang cepat, tepat, berkesan dan dipercayai bagi membantu pegawai-pegawai perubatan dan pihak-pihak berkenaan di dalam diagnosa dan pengesanan pelbagai jenis dan punca penyakit.

FUNGSI JABATAN

Menyediakan ujian diagnostik dalam displin Patologi berikut: Patologi Kimia termasuk ujian dadah, Mikrobiologi, Hematologi, Histologi / Cytologi dan Transfusi Darah.

Menyediakan khidmat nasihat dalam beberapa aspek perkhidmatan Patologi kepada pakar-pakar dan para Pegawai Perubatan di Hospital dan Klinik-Klinik kesihatan.

Memberi latihan dan kemahiran analysis dalam teknologi makmal untuk anggota makma dan kakitangan dari Hospital, Klinik, Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta serta agensi kerajaan yang lain.

Berkerjasama dengan lain-lain agensi dalam perkembangan penyelidikan perubatan.

Memproses, membungkus dan menghantar sampel-sampel ke makmal luar sepert Hospital Queen Elizabeth, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Kuala Lumpur, Pusat Darah Negara, dan makmal swasta bagi ujian ujian yang tidak dijalankan di makmal Patologi Hospital Keningau.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN
*
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan santun dan ikhlas.
*
Setiap pelanggan akan dilayan sertamerta setibanya di kaunter Jabatan Patologi.
*
Setiap contoh diterima akan diproses / dijalankan ujian secepat mungkin, tepat masa yang ditetapkan.


PERKHIDMATAN

Menyediakan ujian-ujian dalam pelbagai displin Patologi seperti berikut:

Patologi Kimia termasuk ujian dadah, Mikrobiologi, Hematologi, Histologi dan Cytologi serta Perkhidmatan Transfusi Darah.

Pusat Latihan:

Jabatan Patologi, Hospital Keningau merupakan Pusat Latihan Praktikal bagi Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching, Sarawak) dan juga menerima latihan industri / praktikal dari Kolej-kolej Swasta seperti Master Skill, PTPL termasuk dari Institusi Pengajian Tinggi.

Waktu beroperasi:

(a) Jabatan Patologi menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi semua ujian segara Patologi Kimia, Mikrobiologi dan Hematologi manakala permintaan ujian yang tidak segara termasuk Histopatologi dan Cytology hanya disediakan pada masa pejabat.
(b) Waktu berkerja biasa adalah:
Hari Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

JABATAN PATALOGI

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Patalogi HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.