A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
27 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 27

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Dr.P.S.P Ravindra
(Pakar Oftalmologi)

OBJEKTIF

Mempertingkatkan Kualiti Pengurusan Pesakit Melalui Perkhidmatan Diagnostik, Rawatan, Penjagaan Bermutu Tinggi dan Pemulihan Awal Yang Berkesan Serta Berterusan.

VISI

Menjadikan Klinik Oftalmologi sebagai satu pusat perawatan berkualiti, cemerlang dan terunggul di Pedalaman Sabah menjelang Tahun 2010.
 

MISI

Memberi Kepuasan Pelanggan Yang Menyeluruh Melalui Perkhidmatan Yang Cemerlang, Berkualiti, Beretika Secara Cekap dan Profesional Untuk Memenuhi Kehendak dan Ekspektasi Pelanggan.


Kaunter Klinik Oftalmologi


Pemeriksaan Mata pesakit
menerusi "Slit Lamp"


Refraksi


Pendaftaran On-Line
"National Eye Database"

Sebarang Pertanyaan:
Sila hubungi:
KLINIK OFTALMOLOGI
Tel: 087-313000
Ext 4130
Kaunter Klinik Mata
Ext 4136
Dr. PSP. Ravindra
Pakar mata
(Bilik 6)

Ext 4134
En. Shredzneav Yabi
Pegawai Optometri
( Bilik 4)

Ext 4135
Dr. Christina Lee Lai
(Bilik 5)

FAX: 087-331595



KLINIK OFTALMOLOGI

PENGENALAN

Klinik Oftalmologi telah mula beroperasi sepenuhnya pada 9 Februari 2004. Ia merupakan satu Jabatan yang memberi perkhidmatan oftalmologi kepada semua pesakit yang dirujuk dari hospital dan pusat kesihatan daerah yang lain termasuk Jabatan Kecemasan Hospital Keningau serta Klinik Swasta. Jabatan ini memberi perkhidmatan Pakar Oftalmologi dan Optometri secara berjadual. Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Pembantu Perubatan yang di arah untuk mengendalikan klinik adalah bertanggungjawab dalam pengurusan klinik.

PIAGAM PELANGGAN


o
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertanggungjawab, hormat dan bersopan-santun, jujur dan ikhlas
o
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional
o
Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna
o
Semua pesakit akan diberi perkhidmatan mengikut giliran
o
Proses pendaftaran akan dilakukan dalam tempoh 20 minit
o
Pemeriksaan akan dilakukan dalam masa 90 minit selepas pendaftaran pesakit. Walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada keadaan semasa seperti bilangan Pakar atau Pegawai Perubatan yang menjalankan tugas pada hari tersebut.
o

Setiap pesakit akan dibekalkan dengan:
* Maklumat Temujanji
* Surat Rujukan (jika perlu)

AKTIVITI SEMASA
Lawatan Pakar Oftalmologi

Aktiviti ini dijalankan oleh Pakar Mata serta anggota dari Klinik Mata. Hospital yang terlibat seperti Hopsital Tenom, Hospital Tambunan, Kllinik Kesihatan Nabawan dan Klinik Kesihatan Sook. Lawatan ini di jalankan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sekali dalam sebulan.

Melibatkan badan–badan bukan kerajaan (NGOs) untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti “Blind Prevention Programme” melalui pemeriksaan, rawatan dan pembedahan katarak secara percuma di kawasan-kawasan yang terpencil.


FUNGSI-FUNGSI


Menyediakan perkhidmatan oftalmologi kepada masyarakat melalui program-program yang di tetapkan oleh jabatan.

Memberi rawatan susulan bagi semua kes rujukan dari Hospital lain, Klinik Kesihatan Keningau, Klinik-Klinik Kesihatan, KKIA dan Pengamal Perubatan Swasta disekitar Daerah Keningau, Tenom dan Tambunan.

Melaksanakan prosedur pembedahan mata di Hospital Keningau.

Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Oftalmologi.

Memberikan pendidikan kesihatan tentang penjagaan asas mata.

Menyediakan perkhidmatan refraksi oleh Pegawai Optometeri dan perkhidmatan-perkhidmatan lain dalam bidang optometri.

Kajian Penyelidikan saintifik “Refractive error” di kalangan murid Sekolah Rendah di sekitar Pekan Keningau.

PERKHIDMATAN

o
Pemeriksaan Pesakit Oleh Pakar Oftalmologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Optometri dan Pembantu Perubatan.
o
Prosedur-Prosedur Klinikal
* Akuti Penglihatan
* Pemeriksaan Okular Luaran
* Pemeriksaan Okular Dalaman
* Pengendalian Kes-kes Kecemasan
* Refraksi
* Biometri / A Scan
* Visul Field
* Pembedahan Minor - I & D, Excision of Pterygium dll.
* Pembedahan Major - Seperti Extracapsular Cataract Extraction (ECCE)
* Diabetic Screening
* ROP screening
* Tonometri (IOP)
* Cucian mata (eye dressing)
* Lakrimal syringing
* Epiliation
* Pemberian ubat titis
* STO dan lain-lain
o
Merujuk Pesakit
* Kes Oftalmologi Hospital Queen Elizabeth
o

Pentadbiran Am
* Penggunaan Perakam Waktu
* Permohonan Cuti
* Keselamatan Jabatan
* Kebersihan Jabatan
* Urusan surat-menyurat
* Komunikasi
* Memesan Keperluan dari Stor
* Memesan Keperluan ubat-ubatan dari Farmasi
* Kemasukan Pesakit Ke Wad
* Pemberian tarikh temujanji bagi pesakit dari luar Hospital Keningau.
* Promosi pendidikan kesihatan.

KEMUDAHAN JABATAN

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Jabatan Oftalmologi seperti kaunter, bilik penilaian, bilik prosedur (digunakan untuk menjalankan prosedur minor sahaja) dan terdapat 3 bilik pemeriksaan pesakit. Jabatan ini beropersi dari Hari Isnin hingga Hari Jumaat seperti jadual di bawah:-

JADUAL KLINIK (Waktu Perkhidmatan)

HARI
MASA
ISNIN
LAWATAN / DIABETIC SCREENING
SELASA
8.00am-1.00pm
2.00pm-5.00pm
RABU
PEMBEDAHAN
KHAMIS
8.00am-1.00pm
2.00pm-5.00pm
JUMAAT
ROP SCREENING / PEMBEDAHAN

KLINIK OFTALMOLOGI

© Copyright Hospital Keningau. Unit Rawatan Rapi Neonat HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.