A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
22 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 22

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan


Sistem eLatihan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Sr Monica Marius
KJ U 32
Ketua Unit Rawatan Harian

OBJEKTIF

PERKHIDMATAN
DIAGNOSTIK
ENDOSKOPI

Memberi perkhidmatan
diagnostik dengan
teratur supaya klien
mendapat manfaat
yang sebaik mungkin.

PERKHIDMATAN
TRANSFUSI DARAH


Memberi perkhidmatan
transfusi darah kepada
pesakit talasemia yang tiada komplikasi dengan lebih berkesan dan cepat.

Memberi tunjuk ajar kepada pesakit talasemia / ibubapa dan penjaga tentang penggunaan mesin desferal.

Memberi kaunseling.
 

VISI

Unit Rawatan Harian Hospital Keningau menyokong Visi Hospital Keningau untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan perawatan kesihatan yang berkualiti dan cemerlang dengan menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kearah pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.
 

MISI

Unit Rawatan Harian akan berusaha merealisasikan Visi Hospital Keningau dengan memberi penurusan perawatan pesakit secara holistik, berasaskan kepada teknologi moden lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini di samping memperolehi anggota perubatan yang berpengalaman dan mengamalkan professionalisma, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang lebih bermutu.

Sebarang Pertanyaan:
Telefon: 087-313000
Fax 087-331595
Samb. 4233
Kaunter Jururawat ~
Samb. 4231
Bilik Ketua Jururawat
Samb. 4230
Kaunter Pertanyaan
(Kemasukan Kaunter)


UNIT RAWATAN HARIAN

PENGENALAN
Merupakan sebuah Unit yang baru di Hospital Keningau dan beroperasi pada 25 Feb 2004, iaitu setelah 2 minggu daripada tarikh perpindahan ke Hospital Keningau pada 09 Feb 2004.

Terletak di Aras 2, perantaraan dengan Unit Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi, mempunyai bilangan katil sebanyak 16 buah serta ‘Reclyning Chair’ sebanyak 8 buah. Pada ketika itu Unit ini hanya menyediakan perkhidmatan endoskopi sahaja, dan hanya di bawah jagaan oleh seorang Jururawat U29, yang mana akan membantu pakardalam pengendalian prosedur endoskopi, manakala seorang Jururawat U29 dan seorang PPK akan dipinjam daripada Unit Rawatan Rapi, dan seorang lagi Penolong Jururawat U14 daripada Klinik Pakar bahagian perubatan.
 

Jadual kes-kes endoskopi dibahagikan kepada 2 disiplin iaitu Unit Pembedahan 1 dan Unit II dan juga perubatan. Bagi Unit Pembedahan I dan II adalah pada hari Isnin dan Rabu manakala bagi kes perubatan adalah pada hari Jumaat.

Buat masa itu juga, Unit Rawatan Harian hanya memberi penumpuan kepada kes-kes diagnostik Endoskopi seperti OGDS, KOLONOSKOPI dan SIGMOIDOSKOPI. Pada
bulan April 2004 sehingga Februari 2007, Unit ini juga telah terlibat dengan aktiviti ‘Eye Camp’, yang mana aktiviti ini diadakan 2 bulan sekali dan juga menerima kes-kes minor oftalmologi secara pesakit luar dan dalam ke Dewan Bedah.

Perkhidmatan transfusi darah untuk pesakit talasemia dibawah umur 12 tahun, telah dimulakan pada 20 Sept, 2007, ketika itu Pakar Pediatrik hanya menerima dan memasukkan pesakit yang tidak bermasalah lain untuk ditransfusi di Unit Rawatan Harian (2 orang pesakit sahaja). Contoh pesakit yang tiada komplikasi lain dan HB > 6gm, serta pesakit yang tinggal jauh (Pesakit seperti ini akan dimasukkan ke Wad Pediatrik).

Pada bulan Januari 2009, Pakar Pediatrik telah memulakan ‘Review’ semua pesakit talasemia di Klinik Unit Rawatan Harian dan memasukkan pesakit untuk ditransfusi darah seramai 16 orang pesakit sahaja. (Jumlah katil di Unit ini hanya 16 buah). Jika ada pesakit melebihi 16 orang yang memerlukan transfusi, mereka akan dimasukkan ke Wad Pediatrik.

PIAGAM PELANGGAN


1.
Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, jujur dan ikhlas.
2.
Kehormatan dan penyimpanan segala maklumat peribadi dirahsiakan.
3.
Tempoh masa untuk menjalani pemeriksaan tertakluk kepada jenis prosedur yang akan dikendalikan:
* OGDS - Diagnostik 20 minit
* Kolonoskopi - Diagnostik 40 minit
* Bronchoskopi - Diagnostik 30 minit
* Transfusi Darah – Prosedur 8 jam
4.
Pesakit dan keluarga akan diberi penerangan yang mudah difahami dan jelas, berkaitan dengan semua prosedur dan rawatan yang dikendalikan sebelum dan selepas prosedur.
5.
Pelanggan wajib mematuhi segala peraturan dan temujanji yang telah ditetapkan.
6.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi Pengarah Hospital atau Ketua Unit.
 
 

AKTIVITI-AKTIVITI

*

Mengenal pastikan keperluan kursus dari masa ke semasa.

*
Merancang dan menyediakan program latihan tahunan (takwim) bagi semua kakitangan HKGU.
*
Menganjurkan kursus/bengkel dan seminar dalaman bagi kakitangan HKGU.
*
Merancang dan menganjurkan kursus-kursus berbentuk kemahiran dan pengetahuan umum.
*
Menguruskan ceramah seperti CME, CNE.
*
Melantik urusetia dan fasilitator bagi kursus yang dianjurkan.
*
Menyediakan keperluan untuk sesuatu latihan / kursus seperti modul, tempat, buku aturcara, makan dan minum, alatulis, peralatan Visual dan sebagainya.
*
Menguruskan tawaran-tawaran kursus anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, INTAN, agensi kerajaan dan swasta.
*
Membuat pemilihan calon bagi mengikuti kursus atau seminar dalaman dan kursus luar pejabat.
*
Menyelenggara rekod latihan bagi pegawai dan kakitangan HKGU.
*
Menyediakan laporan terperinci bagi setiap kursus yang telah dijalankan

FUNGSI UTAMA

Perkhidmatan Diagnostik Endoskop
Transfusi Darah Bagi Pesakit Talasemia

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA PELANGGAN:

PENGURUSAN TEMUJANJI ( Endoscopy )
PENGURUSAN PROSEDUR ENDOSKOPI
PENGURUSAN TEMUJANJI PESAKIT TALASEMIA
PENGENDALIAN PESAKIT TALASEMIA (TRANSFUSI DARAH)

UNIT RAWATAN HARIAN

© Copyright Hospital Keningau. Unit Rawatan Harian HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.