A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
29 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 29

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document
 

Puan Vivila Bubuyan
Ketua Jabatan Farmasi
Dan
Bekalan

MISI

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme & kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran Negara.

VISI

Untuk memberikan perkhidmatan jabatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan Negara

OBJEKTIF

Membekalkan ubat-ubatan dan alat perubatan yang berkualiti dan selamat dalam masa yang tepat mengikut permintaan.

Memastikan pesakit yang menerima rawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia memperolehi perkhidmatan farmasi berkonsepkan “Total Pharmaceutical Care”.

Memastikan pesakit serta orang awam diberi maklumat dan nasihat tentang penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkesan.

Sebarang
Pertanyaan:
Sila hubungi
Puan Vivila Bubuyan
Pegawai Farmasi U44 YM
No. Telefon 087-313000
No. Fax: 087-336596

Sambungan talian:
Ketua Jabatan - 4212

Farmasi Pesakit Dalam:
4211 - Pegawai Farmasi
4213 - Kaunter

Farmasi Klinik Pakar:
4113 - Pegawai Farmasi
4110/4111 - Kaunter

Farmasi Pesakit Luar:
3110
Pusat Maklumat Ubat & Racun:
4210

Stor Intergrasi :
6020 / 6022

JABATAN FARMASI DAN BEKALAN


 

PIAGAM PELANGGAN

Piagam pelanggan Farmasi Klinik Pakar / Farmasi Pesakit Luar:
*Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas.
*Setiap pelanggan akan dibekalkan ubat berlabel yang berkualiti, berkesan dan selamat.
*Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang lengkap mengenai ubat yang dibekal.
*Setiap pelanggan akan dibekalkan ubat dalam masa 30 minit kecuali bagi preskripsi yang bermasalah atau berlaku kesesakan pelanggan diluar jangka.
*Bagi pelanggan yang datang membawa preskripsi daripada hospital lain, garispanduan ‘SPUB KKM’ akan dirujuk dan digunapakai.
Kewajipan pelanggan:
Untuk membolehkan Piagam Pelanggan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, kewajipan setiap pelanggan adalah seperti berikut:-
*Sila semak dan pastikan nama anda pada label ubat adalah betul.

*

Sila pastikan anda benar-benar faham cara menggunakan ubat yang dibekalkan dan jika anda memerlukan keterangan lanjut sila berjumpa dengan Pegawai Farmasi yang bertugas.
*Sila hubungi Pegawai Farmasi dengan kadar segera jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan ubat yang dibekalkan.
Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Dalam:
*Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas.
*Setiap pelanggan (wad / unit) akan dibekalkan ubat-ubatan yang betul, berkualiti dan dilabel dengan jelas.
*Bekalan ubat “Unit of Use” akan dibekalkan dalam tempoh _3_ jam selepas penerimaan troli ubat (dalam keadaan biasa). Bekalan akan mengambil masa melebihi _3_ jam dalam keadaan diluar kawalan.
Piagam Pelanggan Stor Perubatan / Stor Intergrasi:
*Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas.
*Setiap pelanggan (wad/unit pengguna) akan dibekalkan ubat/bukan ubat yang betul dan berkualiti.
*Setiap pemesanan ubat/bukan ubat, pelanggan akan dibekalkan berdasarkan kepada ‘Jadual Pembekalan Stor’ yang ditetapkan.
*Bagi pemesanan SEGERA ubat/bukan ubat, pelanggan (wad/unit pengguna) akan dibekalkan dengan kadar _30_ minit bagi setiap 3 item.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

*
Pendispensan ubat kepada pesakit dari Farmasi Klinik Pakar/ Farmasi Pesakit Luar , Jabatan Kecemasan & Trauma dan pesakit discaj dari wad.
*
Pembekalan ubat-ubatan kepada semua unit / wad pengguna melalui Farmasi Pesakit Dalam.
*
Penyediaan dan pemprosesan losyen, krim, oinment. mixtures, sirap mengikut standard yang ditetapkan dalam "Good Manufacturing Practice".
*
Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit.
*
Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan kepada anggota hospital dan orang awam.

 

 
 
AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA

*

Pembekalan Ubat kepada Pesakit Luar
-
-
-
Penapisan Preskripsi.
Pengisian.
Pendispenan.
*Pembekalan Ubat kepada Pesakit Dalam
-
-
Membekal Ubat kepada pesakit dalam melalui "sistem Unit of Use".
Membekal ubat kepada Wad melalui sistem Wad Tradisional; Floor Stock, Emergency Trolly, AOH ( After Office Hour), losen.
*Pengeluaran
-
-
Persediaan ubat-ubatan internal dan eksternal.
Prabungkusan ubat-ubatan.
*Farmasi Klinikal
-
Menyediakan Perkhidmatan Pusat Maklumat Ubat Dan Racun.
*Perolehan dan Bekalan

-

-
-
-
-

Pengurusan Perolehan Bekalan daripada Pusat Bekalan Farmasi Negeri dan Pharnaniaga Logistic Sdn. Bhd.
Pengurusan Penerimaan dan Penyimpanan Bekalan.
Pengurusan Pengeluaran Bekalan kepada Unit Pemesan / Pengguna.
Pengurusan Panggilbalik Produk.
Pengurusan Aduan Kualiti Produk.

JABATAN FARMASI DAN BEKALAN

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Farmasi & Bekalan HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.