A-| A+ style blue style brown style purple style black
 
 
 
Perkhidmatan
MyCSSMenu Save Document
DKICTKKM :: No Semakan 4
Siapa di atas talian
20 pengunjung dalam talian ()

Members: 0
Guests: 20

more...
Sistem Intranet
MyCSSMenu Save Document
Penghargaan Komen

Sistem Tempahan
Bilik Gunasama
Hospital Keningau


MSISO 9001:2008


Sistem Ujian Kejururawatan
Audio & Video Klip
MyCSSMenu Save Document


Pn. Tai Li Khiun @ Livian
Ketua Unit Fisioterapi

VISI

Unit Fisioterapi berazam akan menyediakan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan profesional melalui pengetahuan kakitangan yang meluas, peralatan yang canggih dan terkini serta penerapan nilai-nilai murni dan budaya korporat keatas kakitangan.
 

MISI

Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan kepada masyarakat yang memerlukan pemulihan awal untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian.

Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota Hospital dan masyarakat tentang peranan dan sumbangan Fisioterapi.

Meningkatkan kerjasama dan komunikasi di antara Unit Fisioterapi dengan unit / wad lain dalam dan luar hospital untuk meningkatkan mutu perawatan.

Menyemaikan sikap positif, cekap, insiatif dan komited terhadap kerja.


REHABILITASI

PENCAPAIAN / ANUGERAH

NAIB JOHAN
PERTANDINGAN 5S ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH TAHUN 2006
(UNIT REHABILITASI)

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Fax: 087-331595
Unit Fisioterapi
Tel: 087-313000

Ext. 2110

REHABILITASI
~ UNIT FISIOTERAPI

PENGENALAN

R
ehabilitasi Hospital Keningau terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Pemulihan Carakerja dan Unit Fisioterapi. Secara amnya Fisioterapi atau ''Pemulihan Anggota'' merangkumi rawatan pemulihan anggota kasar (Gross Motor). Manakala Pemulihan Carakerja merangkumi rawatan pemulihan anggota kecil (Fine Motor).

Unit Fisioterapi telah beroperasi di Hospital Keningau sejak 08 September 1989 lagi yang ketika itu dibawah jagaan Pn Linau Lea Masin ( Jurupulih Perubatan Anggota).

Pada 8 Feb 2004 Unit ini telah beroperasi di Hospital Keningau yang baru siap dibina terletak kira-kira 5 km dari pusat Bandar. Unit ini dibawah Pentadbiran Pengarah Hospital Keningau iaitu Dr.William Gotulis pada masa sekarang. Kini Unit Fisioterapi dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang lebih canggih sesuai dengan keperluan rawatan pesakit.

Unit Fisioterapi disatukan dengan Unit Pemulihan Carakerja dibawah satu bumbung dan dikenali sebagai Rehabilitasi.


Rawatan Chest Physiotherapy
di SCN


Rawatan Ultrasound untuk mengurangkan sakit



Rawatan Terapi Senaman Untuk meningkatkan kekuatan otot


Stroke Rehab di Wad
( Rawatan Pergerakan Pasif)


Rehab di ICU/CCU

OBJEKTIF


Mengaplikasikan rawatan yang berkualiti melalui Pemulihan Perubatan Anggota dengan memberi rawatan Bioelektrikal, Terapi Fizikal dan Pemulihan Kardiorespiratori.

Memperluaskan / mempromosi Pemulihan Perubatan Anggota agar masyarakat peka terhadap kepentingan pemulihan selepas kecederaan / sakit.

Meningkatkan lagi tahap kesedaran dan kefahaman pesakit serta keluarga tentang sifat-sifat terbaik, berfikiran positif dan komitmen terhadap proses pemulihan.

Mengekalkan serta memupuk ahli Terapis supaya lebih berdedikasi, terlatih, cekap, amanah, mesra, penyayang serta berketrampilan yang meyakinkan pelanggan dan kakitangan sekeliling melalui proses pembelajaran dan pendidikan perubatan yang terkini dan berterusan.

PIAGAM PELANGGAN


Kami Kakitangan Unit Rehabilitasi Akan Berusaha Memberi Perkhidmatan Mengikut Prinsip-Prinsip Berikut:

o
Setiap pelanggan akan diberi rawatan sewajarnya yang berkualiti tanpa mengira umur, jantina, agama atau sosio-ekonomi.
o

Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di unit ini akan dirujuk ke hospital lain yang lebih sesuai.

o
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan, jujur dan ikhlas.
o
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin.
o
Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
o

Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan mengikut giliran.

o
Prroses pendaftaran pelanggan akan dilakukuan dalam tempoh 5 minit.
o
Pelanggan dikehendaki membayar caj rawatan mengikut kelayakan.
o
Pemeriksaan dan rawatan akan dilakukan dalam tempoh 30 minit.
o
Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas tentang kondisi dan prosedur rawatan.
o
Setiap pelanggan akan diberikan dengan maklumat temujanji.

 

PERKHIDMATAN YANG DIBERI

1
Terapi Manual dan Pergerakan anggota badan
2
Terapi Senaman untuk memperbaiki / meningkatkan / mengekalkan kecerdasan / stamina otot dan tisu sekeliling.
3
Elektroterapi yang terdiri daripada:
*
Stimulasi Elektrik
- Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation
- Galvanic Current
- Interrupted Direct Current
- Russian Current
- Dydinamic Current
- Interferential Therapy
*
Heat Therapy
- Shortwave Diarthermy
- Infra Red Ray
- Hot Pack
- Wax
*
Laser Therapy
*
Ultrasound Therapy
*
Lumbar Traction
*
Cervical Traction
*
Cryotherapy
4
Chest Physiotherapy
5
Sport Physiotherapy
6
Stroke Rehabilitation
7
Cardiac Rehabilitation
8
Pendidikan Kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarga serta orang awam.
9
Pesakit juga dirujuk kepada disiplin-disiplin lain seperti Pemulihan Carakerja / Kebajikan.
10
Merawat pesakit yang memerlukan rawatan segera (Tugas atas panggilan).
11
Rawatan ‘Chest Physiotherapy’ di wad Paediatrik, ICU / CCU dan SCN ketika cuti hujung minggu dan cuti am.

REHABILITASI ~ UNIT FISIOTERAPI

© Copyright Hospital Keningau. Unit Fisioterapi HKGU

   



Waktu Melawat
Isnin - Jumaat
12.30pm - 2.00pm
4.30pm - 7.30pm

Sabtu, Ahad
& Cuti Umum
12.30pm - 7.30pm
Capaian Terus
Pautan Agensi
SMS dan Ambil
Persijilan
 
 
 
Hak Cipta Terpelihara ® Portal Hospital Keningau2017 Dasar Privasi Dasar Keselamatan      

P E N A F I A N
Hospital Keningau, Sabah, Malaysia
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.