Pen. Peg. Perubatan



En. Marcus Stephen Museh
Pen Pegawai Perubatan U36
PENYELIA
Unit Penolong Pegawai Perubatan
Tel: 087-313000 Sam. 1214
VISI

Unit Penolong Pegawai Perubatan akan memberi Perkhidmatan Pengurusan Perawatan Klinikal dan Penjagaan Pesakit yang cekap dan berasaskan profession yang berdisiplin, beretika dan berpengatahuan tinggi.

MISI

Unit Penolong Pegawai Perubatan akan berkerja sama dengan pihan hospital untuk mempertingkatkan pengetahuan anggota Penolong Pegawai Perubatan melalui latihan dan kursus yang sesuai serta mahir dalam Teknologi Maklumat terkini.

 

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
PEJABAT
Unit Penolong Pegawai Perubatan

Tel: 087-313000
Sam. 1241
FAX: 087-331596

UNIT
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN

Pengwujudan Unit Penolong Pegawai Perubatan adalah satu idea yang diasaskan oleh En. Frederick Gunir semasa beliau memegang jawatan sebagan Penyelia Penolong Pegawai Perubatan U36 di Hospital Keningau pada awal tahun 2006. Walaubagaimanapun ia hanya direalisasikan pada awal tahun 2007 oleh satu gabongan tenaga kerja Penolong Pegawai Perubatan U32 dan U29 berwawasan yang diketuai oleh En. Albinus Gimbang PPP U32 ketika itu. Ia beroperasi sepenuhnya di Pejabat Pakar Aras 2. Kini Unit ini diketuai oleh En. Marcus Stephen Museh selaku Penyelia Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Keningau

Semua Penolong Pegawai Perubatan menggunakan unit ini sebagai pusat sumber informasi dan maklumat. Unit Penolong Pegawai Perubatan memainkan peranan penting sebagai pusat perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan ke arah merealisasi Visi, Misi dan Objektif organisasi menerusi pementapan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi ekspektasi pelanggan.

Unit ini dikendalikan oleh seorang PPP U29 secara sepenuh masa. Walaubagaimana pun semua PPP U32 adalah diberi tanggungjawab untuk bertugas di unit secara bergilir.

 OBJEKTIF UTAMA

i.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan.
ii.
Memudahkan unit-unit lain untuk berurusan dengan PPP.
iii.
Menyelaras aktiviti-aktiviti anggota PPP.
iv.
Meninjau latihan / kursus yang bakal diikuti oleh anggota PPP.
v.
Melibatkan anggota PPP dalam aktiviti CNE/CME.
vi.
Mengurus APC (Annual Practice Certificate) dan Privileging semua anggota.
vii.
Membantu Hospital Keningau dalam semua tugas penyeliaan dan pengurusan.
viii.
Memastikan perlaksanaan perkhidmatan berkualiti yang berterusan oleh PPP.
ix.
Menyelaras pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan semasa menjalani pengalaman klinikal di Hospital Keningau.

OBJEKTIF UMUM

Unit PPP bertekad meningkatkan usaha-usahanya bagi membantu pihak pengurusan hospital untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya dan bekerjasama dengan unit lain bagi merealisasikan objektif jabatan.


PERANAN UNIT

1
Untuk Memantau dan memantapkan peranan dan tanggungjawab PPP di Hospital ini.
2
Untuk memudahkan pihak pengurusan berurusan dengan semua PPP.
3
Untuk Merancang, Menyelaras dan memantau semua aktiviti yang dilaksanakan oleh semua anggota PPP.

KEKUATAN ANGGOTA
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
BIL
JAWATAN
JUMLAH
1
PPP Gred U 36
1
2
PPP Gred U 32
6
3
PPP Gred U 29
31


PERKHIDMATAN BAGI PPP


Klinikal:

Jabatan Kecemasan dan Trauma
Jabatan Pesakit Luar
Anasthesia
Ortopedik
Oftalmologi
Kardiologi
Forensik
Psiakiatri
Makmal Respiratori
Pejabat Pengurusan

PENGURUSAN ~ UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

© Copyright Hospital Keningau. Unit Penolong Pegawai Perubatan HKGU

Kandungan halaman ini daripada:
http://hkgu.moh.gov.my

Arah URL:
http://hkgu.moh.gov.my/modules/xcenter/index.php?storyid=22