Sosial Perubatan


En. Abu Bakar Isdeal
Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan


VISI

Untuk mewujudkan satuperkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti & efisien kepada semua pelanggan.


MISI

Untuk membantu pesakit yang dirujuk dalamaspek psikososial supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaannya akibat penyakit dan masalah psikososial yang dihadapinya.

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Unit Kerja Sosial Perubatan
Fax: 087-331595
Tel: 087-31300
Phone: 013-8718522
Samb. 1213

email:
abubakarisdeal@ moh.sbh.gov.my


Lokasi
ARAS 1

WAKTU OPERASI
HARI

ISNIN-KHAMIS
8.00am -1.00pm
1.00pm-5.00pm

JUMAAT
8.00am-11.30am
2.00pm-5.00pm

SABTU-AHAD
CUTI UMUM

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN

Unit Perkhidmatan kerja sosial perubatan telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia sejak tahun 1952. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan justeru, nama jawatan ini dikenali sebagai Lady Almoner. Kemudian jawatan ini ditukar nama kepada Pegawai Kebajikan Perubatan.



OBJEKTIF


Memberikan perkhidmatan psikososial dan kebajikan spesifik kepada para pesakit serta bekerjasama dengan disiplin-disiplin lain yang terdapat dalam Hospital Keningau secara pendekatan berkumpulan (Team Approach) agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit di Hospital ini.


PIAGAM PELANGGAN


*
Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan profesional yang sewajarnya daripada unit ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan taraf sosial ekonomi.
*
Segala maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit dan klien.
*
Kesemua kes dalam wad yang dirujuk ke unit ini akan dilihat dalam masa 24 jam.
*
Semua kes pesakit luar yang dirujuk ke unit ini seboleh-bolehnya akan dilayan serta merta atau dalam masa seminggu.
 


PERKHIDMATAN

Kami menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal berbentuk bantuan sokongan terapi & bantuan praktik kepada pesakit-pesakit yang dirujuk daripada wad (in-patient) dan juga pesakit luar (out-patient). Pegawai Kerja Sosial Perubatan bertindak sebagai 'Liason Officer' yang menghubungkan antara pesakit, komuniti dan agensi yang berkenaan.

Perkhidmatan terbahagi kepada :-

Sokongan Terapi

Memberi bantuan khidmat nasihat / bimbingan & kaunseling kepada pesakit di dalam kes-kes seperti keganasan rumahtangga, rogol / pencabulan, ibu tanpa nikah dan lain-lain.

Bantuan Praktik

Memberi bantuan dan menghubungkan permohonan pesakit-pesakit ke agensi-agensi yang berkaitan bagi kes-kes seperti :
Menguruskan kemasukan ke institusi / penempatan.

Bantuan peralatan perubatan / Alat Tiruan / Prosthesis bagi
   kes-kes yang tidak mampu.
Mengendalikan & menguruskan sumber-sumber dana
   kewangan.
Kes-kes malnutrition.
Keperluan tambang untuk rawatan / susulan / balik ke rumah.
Sediakan laporan latarbelakang sosioekonomi pesakit untuk
   rujukan agensi yang terlibat.

RUJUKAN AGENSI

Antara Agensi / Badan / Persatuan yang dirujuk ialah :-

Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di bawah KKM.
Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
Malaysian Child Society (MACAS).
Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)
Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Jabatan Pendaftaran Negara.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO's).



PENGURUSAN ~ UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

© Copyright Hospital Keningau. Unit Kerja Sosial Perubatan HKGU

Kandungan halaman ini daripada:
http://hkgu.moh.gov.my

Arah URL:
http://hkgu.moh.gov.my/modules/xcenter/index.php?storyid=31