Jab Pengimejan


Dr. Jutinih Saliun
Pakar Radiologi UD 52
Ketua Jabatan Pengimejan



En.Salih Selodoh
Ketua Juru X-Ray U32

VISI

Jabatan ini merupakan pusat rujukan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik yang utama dan terulung bagi daerah Keningau dan sekitarnya dengan menghasilkan produk imej yang tebaik dan memenuhi kehendak pelanggan serta senantiasa peka kepada perkembangan teknologi terkini, sesuai dengan peredaran masa dan pembangunan insan.

MISI

Memberi perkhidmatan yang cekap, cepat, tepat dan berkualiti disamping memberi keutamaan kepada aspek-aspek perlindungan radiasi yang paling maksima terhadap pesakit, orang awam dan warga hospital.


PIAGAM PELANGGAN
CT-SCAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.

Setiap pesakit akan diberi jaminan kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan CT~SCAN

FUNGSI UTAMA

Menghasilkan Filem
Sinar~X Pesakit

Laporan Ultrasound

Laporan dan ‘Despatch’ Filem Sinar~X

Pentadbiran Am

JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

LATARBELAKANG

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Keningau mula beoperasi dengan rasminya pada 09 Februari, 2004 setelah lama mencurah baktinya di tempat lama (Hospital Keningau – terletak berhampiran Bandar Keningau).

Jabatan ini terletak di Aras Satu, bangunan utama Hospital Keningau bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan & Trauma dan Dewan Bersalin serta Jabatan Rehabilitasi.

Jabatan ini merupakan jabatan yang dilengkapi dengan alat-alat pengimejan sinar~X yang terkini yang dapat menghasilkan imej sinar~X yang berkualiti tinggi. Peralatan yang disediakan adalah sebuah mesin Fluroskopi jenis Siemens, dua buah mesin sinar~X static jenis Siemens, dua buah mesin sinar~X‘mobile’ , CT-Scan, dua buah mesin memproses jenis ‘floor-mounted’ dan ’table-top’ serta sebuah mesin ultrasound dengan ‘colour doppler’.

Terdapat seorang Pakar Radiologi, dua orang Juru X-ray U32 (Salah seorang bertindak selaku Juru X~Ray Y/M), lapan orang Juru X~ray U29, seorang Jururawat Masyarakat U19 dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Jabatan ini yang bersedia memberikan khidmat kepada pesakit.

Jabatan ini juga tidak ketinggalan memberikan perkhidmatan sinar~X bergerak meliputiseluruh bahagian hospital termasuk Bilik Mayat bagi kes-kes bedah siasat.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan Radiologi dan Pengimejan yang cekap, tepat dan berkualiti bagi setiap kes yang dirujuk oleh pengamal perubatan dengan menggunakan peralatan dan sumber yang ada secara maksima.

Menyediakan semua aspek perkhidmatan yang berorientasikan kepada kehendak pelanggan tanpa mengira masa dan tempat yang diperlukan di dalam Hospital.

Memastikan perlindungan radiasi dapat dilakukan dengan sempurna dan terjamin.

Mengujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat serta dapat bekerjasama dengan semua anggota serta mengurangkan kerenah birokrasi yang tidak melibatkan prosedur dan undang-undang.

 
 

PERKHIDMATAN JABATAN

1. Menghasilkan Filem Sinar~X Pesakit
2. Laporan Ultrasound
3. Laporan dan ‘Despatch’ Filem Sinar~X
4. Pentadbiran Am


PIAGAM PELANGGAN JABATAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopansantun dan ikhlas.

Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannyaterpelihara semasa menjalani pemeriksaan sinar~X.

Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas dan mudah difahami mengenai pemeriksaan sinar~X.

Setiap pesakit yang memerlukan temujanji di Jabatan ini akan diberi tarikh temujanji dan penerangan persediaan pesakit sebelum pemeriksaan sinar~X.

Masa untuk menjalani pemeriksaan sinar~X biasa dan mendapatkan filemnya adalah dalam masa 30 minit.

Masa untuk menjalani pemeriksaan Ultrasonografi (USG) dan mendapatkan laporannya adalah dalam masa 2 HARI.

 

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
Jabatan Pengimejan Diagnostik
Tel: 087-313000 Sam. 2100/2103
FAX: 087-331595

JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Pengimejan Diagnostik HKGU

Kandungan halaman ini daripada:
http://hkgu.moh.gov.my

Arah URL:
http://hkgu.moh.gov.my/modules/xcenter/index.php?storyid=37