Hemodialisis

 
En. Johnny Lajunip
Ketua Unit Hemodialisis

MISI

Adalah menjadi tugas Unit Hemodialisis untuk menyediakan rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani rawatan dialysis sepanjang hayat.

VISI

Merancang untuk meningkatkan lagi keupayaan UnitHemodialisis untuk menampung pertambahan jumlah pesakit yang kian meningkat.

ASPIRASI

Unit hemodialisis bersedia memberi rawatan dialysis yang berkualiti dan komprehensif serta mudah diperolehi di Keningau dan kawasan sekitar melalui anggota yang terlatih, cekap, dedikasi dan penyayang di mana pada masa lalu pesakit-pesakit terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi
UNIT HEMODIALISIS
Tel: 087-313000
Sam. 1110, 1112 dan 1113.
PP.U 32 JOHNNY LAJUNIP
H/P: 0138780902

UNIT HEMODIALISIS

OBJEKTIF

Memberi dan menyediakan rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit "END STAGE RENAL DISEASE” yang berkualiti dan komprehensif melalui anggota yang terlatih, cekap, dedikasi dan penyayang.

 

Memberi rawatan hemodialisis serta melakukan “Pre Renal Transplant preparation” sebagai langkah awal untuk persediaan pembedahan Pemindahan Buah Pinggang yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.

Menyediakan perkhidmatan rawatan Buah Pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar Unit Satelit Hemodialisis berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Memberikan perkhidmatan Acute Dialysis kepada kes- kes kecemasan seperti “Acute Renal Failure” dan “Poisoning”.

Memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit dalam rancangan dialisis di rumah yang tinggal disekitar kawasan jagaan Unit Satelit Hemodialisis.

Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialysis kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur ( Rejection ).

 

PIAGAM PELANGGAN

Bersedia memberi khidmat yang berkualiti dengan layanan yang mesra, ikhlas serta bersedia membantu anda sepanjang masa.

Bersedia memberi rawatan Hemodialisis dalam jangka masa 30 minit setelah anda tiba untuk menjalani rawatan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Bersedia memberi khidmat kaunseling tentang masalah–masalah berkaitan pemakanan, ubat-ubatan dan sosial.

Sentiasa bersedia untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada semua pelanggan demi untuk meningkatkan keyakinan diri anda untuk berdikari.

Kakitangan unit hemodialisis sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memberi khidmat rawatan yang profesional demi mengamalkan khidmat penyayang dan prihatin.

Sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan yang terkini dalam bidang rawatan Hemodialisis demi kebaikan pelanggan.

AKTIVITI-AKTIVITI

* Mengenal pastikan keperluan kursus dari masa ke semasa.
* Merancang dan menyediakan program latihan tahunan (takwim) bagi semua kakitangan HKGU.
* Menganjurkan kursus/bengkel dan seminar dalaman bagi kakitangan HKGU.
* Merancang dan menganjurkan kursus-kursus berbentuk kemahiran dan pengetahuan umum.
Menguruskan ceramah seperti CME, CNE.
* Melantik urusetia dan fasilitator bagi kursus yang dianjurkan.
* Menyediakan keperluan untuk sesuatu latihan / kursus seperti modul, tempat, buku aturcara, makan dan minum, alatulis, peralatan Visual dan sebagainya.
* Menguruskan tawaran-tawaran kursus anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, INTAN, agensi kerajaan dan swasta.
* Membuat pemilihan calon bagi mengikuti kursus atau seminar dalaman dan kursus luar pejabat.
* Menyelenggara rekod latihan bagi pegawai dan kakitangan HKGU.
* Menyediakan laporan terperinci bagi setiap kursus yang telah dijalankan

UNIT HEMODIALISIS

© Copyright Hospital Keningau. Unit HEMODIALISIS HKGU

Kandungan halaman ini daripada:
http://hkgu.moh.gov.my

Arah URL:
http://hkgu.moh.gov.my/modules/xcenter/index.php?storyid=50