Rehab Pemulihan Carakerja


Puan Noor Milah A. Hassim
Ketua Unit Pemulihan Carakerja

VISI

Unit Pemulihan Carakerja menyokong Visi Hospital Keningau untuk memberikan khidmat perawatan perubatan fizikal dan mental yang berkualiti secara optima, cekap serta professional kepada klien, khususnya dalam bidang Pemulihan Carakerja di Hospital Keningau.
 

MISI

Memajukan bidang Pemulihan Carakerja di Hospital Keningau Khususnya dan Umumnya di daerah Keningau dengan menyediakan tempat pemulihan yang selesa, selamat dan memenuhi keperluan.

Memberi khidmat Pemulihan Carakerja yang professional dengan menyediakan anggota yang berkemahiran tinggi dan teruji yang boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut kepada pelanggan, Melalui pembelajaran, pratikal kajian dan juga inovasi yang berterusan oleh anggotanya.

Sentiasa berusaha mengenalpasti individu yang memerlukan Khidmat Pemulihan Carakerja melalui ceramah, bengkel, forum, dan sebagainya kepada masyarakat umum. Ia juga melibatkan diri di dalam organisasi kerajaan dan bukan Kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat kurang upaya di daerah keningau.

PENCAPAIAN / ANUGERAH

NAIB JOHAN
PERTANDINGAN 5S ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH TAHUN 2006
(UNIT REHABILITASI
)


Rehabilitasi

Sebarang Pertanyaan:

Sila hubungi:
unit Pemulihan Carakerja
Tel: 087-313000
Kaunter Sam 2110
Ketua Unit Pemulihan Carakerja
Samb 2113
FAX: 087-331595



REHABILITASI
~ UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja memberikan perkhidmatan pemulihan fizikal, mental dan emosi kepada pesakit yang dirujuk dari wad dan pesakit luar dengan menggunakan aktiviti yang berteraputik dan teknik untuk meningkatkan atau mengekalkan kefungsian optima individu bagi menghadapi cabaran dan mengubahsuai aktiviti yang bersesuaian agar individu dapat berdikari seoptimanya dalam kehidupan seharian mereka.

Berdasarkan rekod lepas, Unit Pemulihan Carakerja di Hospital Keningau telah mula beroperasi sejak tahun 1991. Pada tanggal 09 Februari 2004, unit ini telah berpindah ke bangunan Hospital Keningau yang baru terletak di Jalan Apin-Apin Keningau iaitu kira-kira 5 km dari bandar Keningau.

Kini unit ini diletakkan dibawah Unit Rehabiltasi bersama-sama dengan Unit Fisioterapi. Walaubagaimanapun, pengurusan unit ini masih diletakkan terus dibawah arahan dan tanggungjawab Pengarah Hospital Keningau dan Ketua Unit masing-masing.

Pada ketika ini, unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pemulihan Carakerja kepada pesakit dalam dan luar bagi Daerah Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan. Selain itu, unit ini juga menerima pesakit yang dirujuk daripada klinik / hospital swasta, Hospital Queen Elizabeth, hospital yang lain dan klinik-klinik kesihatan di sekitarnya.


Kakitangan Rehabilitasi


Kaunter Rehabilitasi

OBJEKTIF

Membantu pelanggan supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan dapat menjalani kehidupan yang berdikari atau seoptima yang boleh dilakukan dan juga merasa puas terhadap keupayaan tersebut. Membantu memberikan perawatan sebaik mungkin supaya pelanggan dapat menjalani kehidupan seharian sama ada di rumah, tempat kerja, tempat riadah serta tempat bersosial yang lain serta melakukan aktiviti kerohanian mereka dengan seoptima mungkin, baik selepas mengalami kecederaan, penyakit fizikal, kecacatan sejak lahir atau proses penuaan..


Jurupulih Carakerja melakukan rawatan menggunakan bubble bath untuk kanak-kanak keperluan khas

PIAGAM PELANGGAN

Kami Kakitangan Unit Pemulihan Carakerja akan berusaha memberi perkhidmatan mengikut prinsip-prinsip berikut:

o
Setiap pelanggan akan diberi rawatan sewajarnya yang berkualiti tanpa mengira umur, jantina, agama atau sosio-ekonomi.
o

Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di unit ini akan dirujuk ke hospital lain yang lebih sesuai.

o
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan, jujur dan ikhlas.
o
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin.
o
Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
o

Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan mengikut giliran.

o
Proses pendaftaran pelanggan akan dilakukuan dalam tempoh 10~15 minit.
o
Pelanggan dikehendaki membayar caj rawatan mengikut kelayakan.
o
Pemeriksaan dan rawatan akan dilakukan dalam tempoh 30~45 minit.
o
Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas tentang kondisi dan prosedur rawatan.
o
Setiap pelanggan akan diberikan dengan maklumat temu janji.

Jurupulih Carakerja melatih kanak-kanak kurang upaya memegang pensil

Aktiviti Latihan Kefungsian Tangan

PERKHIDMATAN

Unit Pemulihan Carakerja memberikan perkhidmatan pemulihan fizikal, mental dan emosi kepada pesakit yang dirujuk dari wad dan pesakit luar dengan menggunakan aktiviti yang berteraputik dan teknik untuk meningkatkan atau mengekalkan kefungsian optima individu bagi menghadapi cabaran dan mengubahsuai aktiviti yang bersesuaian agar individu dapat berdikari seoptimanya.

Perkhidmatan ini terdiri daripada:

oMeningkatkan kefungsian anggota untuk mencapai potensi yang optima.
oLatihan aktiviti harian (ADL)
oMemberi splint kepada klien yang memerlukan
oPakaian Tekanan / Pressure Garment/ Stokinnete
oTerapi Pemulihan Khas psikiatrik
oTerapi Pemulihan Khas Kanak-kanak
oTerapi Pemulihan Khas Pesakit Kardiak
oLatihan Semula Sensori dan Motor.
oAktiviti Rekreasi
oPromosi dan Produk tentang Kesihatan kepada pesakit dan keluarga / penjaga.
oStroke Rehabilitation
oLatihan Kerusi Roda (‘Wheelchair’)
oLawatan Ke Rumah pesakit (‘Home visit’)
oPesakit juga dirujuk kepada lain-lain disiplin seperti Fisioterapi / Kebajikan

REHABILITASI UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

© Copyright Hospital Keningau. Unit Pemulihan Carakerja HKGU

Kandungan halaman ini daripada:
http://hkgu.moh.gov.my

Arah URL:
http://hkgu.moh.gov.my/modules/xcenter/index.php?storyid=55