Jab Kecemasan & Trauma



Dr. Dainna A. Gimbalu Kampun
Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
No. Tel: 087-313000
( Ext. 1120/1126 )


En. Mohd Fadli @ Labarius B Ganing
Pen. Pegawai Perubatan U32
(Pengurusan)
No. Tel: 087-313000 Ext. 1125


En. Bahanudin Ahmad
Pen. Pegawai Perubatan U32
(Unit Kenderaan)
No. Tel: 087-313000 Ext. 6046


En. David Sukim @ Supil
Pen. Pegawai Perubatan U32
(Klinikal / Aset / OSH)
No. Tel: 087-313000 Ext. 1127


Pn. Maria Mathius
Ketua Jururawat U32
(Kejururawatan)
No. Tel: 087-313000 Ext. 1120
MISI

Perkhidmatan KECEMASAN
akan menjadi suatu perkhidmatan
yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai
dan terkini dengan anggota kerja yang berilmu, berkemahiran,
berjiwa murni, proaktif dan peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan
serta professionalisma demi kecemerlangan
rawatan
KES KECEMASAN.


VISI
Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang cepat, tepat,
cekap dan berkesan berlandaskan system pengurusan berkualiti
dan memenuhi kepuasan pelanggan.

FUNGSI JABATAN KECEMASAN
Memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan 24 jam kepada pesakit tenat dan mangsa kemalangan untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan dan membolehkan penyembuhan awal
Menerima kes-kes rujukan dari hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan dan juga swasta.
Membuat triage kepada semua kes termasuk penyakit berjangkit dan sebagainya.
Menyediakan perkhidmatan Pre hospital 24 jam
Menyediakan perkhidmatan ambulan kecemasan atas panggilan
Menyediakan perkhidmatan Pasukan Perubatan Kecemasan (Emergency Medical Team)
Menyediakan perkhidmatan Pengurusan bencana

KATEGORI TRIAGE
Kategori 1
Zon Merah
KRITIKAL
Masa: Serta merta dengan resusitasi.
 
Kategori 2
Zon Kuning
SEPARA KRITIKAL
Masa: Segera (selepas selesai semua kes di Zon Kritikal).
 
Kategori 3
Fast Lane / Fast Track
Laluan Terus
Masa: Serta merta dengan rawatan berkenaan
 
Kategori 4
Zon Hijau
TIDAK KRITIKAL
Masa: 30 - 180 minit / selepas selesai semua kes di Zon Kritikal,
Separa Kritikal dan Laluan Terus.
.



SEBARANG PERTANYAAN

Sila Hubungi Kami
Jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan perkhidmatan kami, sila hubungi Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk bantuan nasihat di talian 087-313000 sambungan 1120 atau 087-330030 (Talian terus) atau berjumpa dengan Ketua Jabatan atau Ketua Syif pada masa tersebut.
Kami sedia membantu anda.

.
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

PENGENALAN
Jabatan ini mula beroperasi pada 08 Februari 2004 dan menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam. Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di bahagian hadapan bangunan Hospital Keningau berdekatan dengan Unit Hemodialisis dan Unit Rehabilitasi bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya. Jabatan ini menyediakan ruangan yang cukup untuk melakukan kerja-kerja kecemasan dan dilengkapi dengan peralatan perubatan moden yang diperlukan.

Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan pintu utama di mana para pesakit (kes kecemasan) mula berinteraksi dengan hospital dan akan dinilai melalui proses Triage dan memberikan rawatan kecemasan mengikut keutamaan berdasarkan hasil penilaian yang dilakukan. Jabatan ini dianggotai secara sepenuh masa oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir N17.

Selain memberikan rawatan kecemasan setempat, Jabatan Kecemasan dan Trauma juga berperanan mengurus bencana/wabak dalam dan luar hospital.

OBJEKTIF UMUM


Perkhidmatan kecemasan dan kemalangan bertujuan khas memberikan perkhidmatan bermutu tinggi, cekap dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa dan agar dapat sembuh dalam tempoh yang singkat disamping memperbaiki mutu perhubungan awam yang berkesan, menjalinkan kerjasama dan hubungan rapat dengan orang awam.

OBJEKTIF KHAS

o
Bertindak cepat, cekap dan tepat untuk mengendali kes-kes kecemasan.
o
Membuat pemulihan pernafasan/resusitasi (BASIC LIFE SUPPORT & ADVANCED CARDIAC LIFE SUPPORT) dan rawatan kecemasan untuk mengurangkan kadar kematian dan kemudaratan kepada pesakit.
o
Mempastikan rawatan resusitasi dan kecemasan dapat dijalankan dengan berkesan semasa pesakit dalam perjalanan sehingga pesakit sampai ke hospital rujukan.
o
Melatih kakitangan dalam pengurusan kes-kes kecemasan yang berkesan dengan teknologi yang terkini.
o
Melatih kakitangan menggunakan peralatan perubatan yang canggih.
o
Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada penduduk Pedalaman.


PIAGAM PELANGGAN

o
Memberikan perhatian segera dan serta merta kepada semua kes kecemasan.
o
Memberikan keutamaan berdasarkan tahap kritikal melalui proses triage (pengenalpastian).
o
Menggunakan peralatan perubatan moden.
o
Memberikan perkhidmatan bermutu tinggi, cekap dan berkesan.
o
Menjalinkan kerjasama dan hubungan rapat dengan orang awam
o
Menyediakan perkhidmatan ambulan untuk kes-kes kecemasan di Daerah Keningau.

KEWAJIPAN PELANGGAN

o
Mematuhi peraturan-peraturan dan arahan pihak Pengurusan Jabatan Kecemasan terutamanya semasa menghadapi kecemasan atau bencana.
o
Memberi peluang kepada staff (warga kerja) menyelesaikan kes-kes kecemasan yang dikenalpasti melalui proses triage.

STRUKTUR ORGANISASI


Seorang Pegawai Perubatan UD41 mengetuai Jabatan Kecemasan dan Trauma akan berfungsi sebagai Ketua Jabatan yang bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital. Beliau dibantu oleh empat (4) Penolong Pegawai Perubatan U32 dan seorang Ketua Jururawat U32 bagi menyelaras kerja-kerja harian Jabatan ini. Terdapat tiga (3) orang Pegawai Perubatan termasuk Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma akan bertugas sif dan bertugas atas panggilan (On-Call) secara bergilir gilir di Jabatan ini. Minima dua(2) orang Penolong Pegawai Perubatan bertugas secara syif untuk memberikan perkhidmatan 24 jam. Kakitangan lain seperti Jururawat Terlatih, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan akan membantu dalam memberikan perkhidmatan di Jabatan ini.


AMALAN KERJA


Jabatan Kecemasan dan Trauma memberi rawatan kepada semua kes kemalangan dan kecemasan yang lain. Semua pesakit akan di TRIAGE (Saringan/Penilaian) sebelum didaftar dan mendapatkan rawatan lanjut mengikut prioriti (keutamaan). Jika perlu, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad hospital ini untuk dirawat secara pesakit dalam. Pesakit yang tenat akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth selepas keadaan pesakit distabilkan.

Pegawai Perubatan yang bertugas dikehendaki menghubungi hospital berkenaan sebelum rujukan dibuat. Mana-mana pesakit yang dikategorikan bukan kecemasan akan diarahkan untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar (JPL). Nota kes pesakit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kecemasan Dan Trauma akan disimpan di Jabatan ini setelah pesakit selesai diberi rawatan kecuali bagi pesakit yang dimasukkan ke dalam Wad.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma atau Pegawai Perubatan yang bertugas sif atau bertugas atas panggilan bertanggungjawab ke atas semua kes-kes kecemasan dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih. Kemasukan kes-kes kemalangan dan kecemasan ke wad adalah dengan arahan Pegawai Perubatan yang bertugas. Setiap kemasukan pesakit ke wad akan diiringi samada oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan atau Jururawat Terlatih bertugas mengikut keterukan kes. Perkhidmatan ambulan juga disediakan untuk kes-kes kecemasan termasuklah liputan Pasaukan Perubatan Kecemasan (Emergency Medical Team) untuk upacara rasmi kerajaan yang melibatkan orang-orang kenamaan.


SKOP PERKHIDMATAN


Jabatan Kecemasan dan Trauma ini berfungsi untuk memberi rawatan kecemasan kepada orang ramai dengan kadar segera berpandukan kod etika kerja yang ditetapkan. Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:-
1
Rawatan Kecemasan Kritikal ( Zon Merah).
2
Rawatan Kecemasan Separa Kritikal (Zon Kuning).
3
Rawatan Bukan Kecemasan ( Zon Hijau) – Hanya yang memerlukan rawatan segera.
4
Pengurusan bencana / wabak.
5
Pre- Hospital Care.
6
Panggilan ambulan kecemasan.
7
Pasukan Perubatan Kecemasan.
8
Kemasukan ke wad.
9
Menerima rujukan pesakit dari hospital lain, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta.
10
Rujukan ke lain Hospital.
11
Perkhidmatan Ambulan 24 jam.
12
Perkhidmatan Pengurusan Jenazah.
13
Pusat Khidmat Sepadu (OSCC).
14
Call Centre ( belum beroperasi ).
15
Pendidikan Kesihatan.
16
Ruang Asma.
17
Ruang Prosedur.
18
Ruang POP ( Plaster Of Paris ).
19
Forensik.
20
Latihan dalam perkhidmatan.

KEMUDAHAN JABATAN KECEMASAN

1
Perkhidmatan Ambulan ( Pre-Hospital Care ).
2
Bilik Resusitasi ( Zon Merah ).
3
Ruang Zon Kuning.
4
Ruang Zon Hijau.
5
Ruang Asma.
6
Bilik Prosedur ( Minor OT ).
7
Bilik Pemerhatian (Observation Room).
8
Pusat Khidmat Sepadu (OSCC ).
9
Ruang POP (Plaster of Paris).

AKTIVITI DIJALANKAN

Memberikan rawatan kecemasan 24 jam kepada semua jenis kecemasan sahaja melalui proses triage (Saringan / Penilaian) dan pemilihan mengikut manifestasi klinikal untuk membolehkan prioriti (keutamaan) dinilai berdasarkan kepada keperluan masalah perubatan, rawatan dan pemindahan (disposal).


TRIAGE:


Definisi


Tindakan pemilihan kes / pesakit mengikut manifestasi klinikal pesakit untuk membolehkan prioriti (keutamaan) dinilai berdasarkan kepada keperluan masalah perubatan, rawatan dan pemindahan (disposal).

Objektif

Sistem triage ini digunakan untuk menilai, mendiagnos, melakukan resusitasi dan merawat mangsa atau pesakit sebaik mungkin mengikut keutamaan ketenatan kes.

ZON MERAH - KRITIKAL

Memerlukan perhatian perubatan dengan serta merta, kelambatan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk. Gangguan kesihatan ini berlaku dengan tiba-tiba dan berpotensi membahayakan atau membawa maut kepada pesakit atau mangsa.

CONTOH-CONTOH KES ZON MERAH

A
UMUM
1
Pernafasan berhenti (Respiratory arrest).
2
Jantung berhenti (Cardiac Arrest) - Ada Saksi.
3
Kegagalan fungsi jantung Akut (Acute Myocardial Infarction).
4
Perdarahan yang teruk (Tidak terkawal)
5
Kecederaan Servikal
6
Kecederaan kepala yang teruk dan mengalami hilang ingatan.
7
Luka Dada terbuka / Kecederaan Abdomen / perut.
8
Renjatan yang teruk.
9
Kebakaran bahagian salur pernafasan.
10
Tension Pneumothoraxs.
11
Komplikasi masalah perubatan: Obstetrik / Jantung / Kencing Manis / Sawan / Hipertermia / Hipotermia / keracunan.
12
Kepatahan bahagian sendi dengan nadi tidak dapat dikesan pada bahagian yang terlibat.
13
Kepatahan tulang di bahagian paha (femur).
14
Demam Tinggi: Suhu 40.5 calsius.
B
TRAUMA / KECEDERAAN
1
Kecederaan pelbagai bahagian badan yang teruk ( Polytrauma).
2
Kebakaran badan > 10% ( Bahagian badan yang sensitif).
3
Kecedaraan Inhalasi (Sedut haba panas).
4
Kepatahan bahagian bawah badan (Long Bone fracture).
5
Percubaan bunuh diri.
6
Mengambil ubat dengan dos yang berlebihan.
7
Kecederaan yang teruk dan mengalami hilang ingatan.
8
Kecederaan kemalangan jalanraya ( Impak >20 mph).
9
Jatuh dari tempat tinggi melebihi 2 metres ( >20 kaki).
10
Renjatan elektrik.
C
BUKAN KES TRAUMA / KECEDERAAN
1
Sakit dada yang teruk dengan apa sebab sekalipun.
2
Kesesakan nafas yang teruk termasuk kes asma.
3
Kegagalan fungsi jantung (Infarksi Miokardial akut).
4
Renal Colic.
5
Gastroentritis teruk.
6
Perdarahan GIT (Gastro-Intestinal Tract).
7
Kesakitan bahagian belakang yang teruk (Lower Back pain).
8
Terminally Ill Patient.
9
Kesakitan Abdomen / termasuk retensi air kencing yang teruk.
10
Pening yang teruk / pengsan / sawan.
11
Pesakit koma.
12
Tercekik (chocking).
ZON KUNING – SEPARA KRITIKAL
A.
UMUM
1
Kecederaan belakang dengan atau tanpa kecedaraan “Spinal Cord”.
2
Kehilangan darah sederhana @ 2pints.
3
Terbakar bahagian badan yang serius.
4
Kepatahan terbuka atau kepatahan pelbagai.
5
Kecederaan abdomen yang stabil.
6
Kecederaan mata (Luka terbuka-diberi keutamaan).
7
Makan ubat berlebihan tetapi stabil.
B.
TRAUMA / KECEDERAAN
1
Kepatahan anggota atas / dislokasi.
2
Luka permukaan kulit pelbagai.
3
Luka terbakar @10%.
4
Terseliuh / Kekejangan otot.
5
Sengatan / gigitan serangga / haiwan.
6
Luka laserasi yang ringan.
7
Benda asing: Telinga / Hidung / Tekak.
C.
BUKAN TRAUMA / KECEDERAAN
1
Demam yang memerlukan perhatian yang kritikal.
2
Kecederaan abdomen yang sederhana.
3
Jangkitan kulit yang besar ( Cellulitis / Urticaria).
4
Jangkitan mata / telinga yang akut.
5
Sakit kepala akut / sakit: Memerlukan rawatan segera.
KES ZON HIJAU – TIDAK KRITIKAL

1
Kecederaan yang tidak serius. Pesakit sedar dan boleh bercakap dan waras.
2
Kesihatan terganggu memerlukan perawatan segera, tetapi pesakit dalam keadaan stabil dan boleh berjalan. Contoh: Demam, cirit birit, batuk.
3
Pesakit tercedera tetapi masih boleh berjalan bagi mendapatkan perawatan.
4
Pesakit boleh dihantar ke hospital dengan keadaan duduk.
Contoh: Luka dengan pendarahan kurang daripada 500ml, Kepatahan tertutup, tulang tangan, lengan atau jari; kecederaan kepala yang tidak menyebabkan pengsan.
5
Luka-luka ringan.
KEUTAMAAN ZON HIJAU
1
Keutamaan Hijau 1(G1) : Kanak-kanak di bawah 1 tahun dan warga tua di atas 60 tahun.
2
Keutamaan Hijau 2(G2) : Semua jenis kecederaan dalam kumpulan zon hijau.
3
Keutamaan Hijau 3(G3) : Kes-kes ringan (tidak kritikal / bukan kecemasan).

Nota: Keutamaan akan diberikan mengikut keadaan / keseriusan kes.

CONTOH-CONTOH KES BUKAN KECEMASAN
1
Batuk-batuk dan demam-demam biasa.
2
Penyakit kulit – kudis, kurap dan jangkitan kutu.
3
Sebarang penyakit berulang atau kes lama.
4
Jangkitan cacing.
5
Kekurangan zat makanan.
6
Rawatan susulan – kencing manis, darah tinggi, asma tanpa kesesakan bernafas, dan sebagainya.
PUSAT KHIDMAT SEPADU (OSCC)
Pusat Khidmat Sepadu (OSCC) berfungsi sebagai satu tempat dimana perkhidmatan bersama oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mangsa-mangsa atau penjaga mereka supaya tidak perlu pergi ke beberapa buah jabatan/agensi/pejabat untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan.

Aktiviti-aktiviti dijalanakan:

Mengendalikan dan merawat kes-kes seperti berikut:-
I.
Kes-kes cabul/liwat dan rogol
II.
Keganasan rumahtangga
III.
Penderaan mangsa kanak-kanak
IV.
Kes-kes pengesanan ujian darah / DNA
AJK OSCC Jabatan Kecemasan dan Trauma
1.
KJ Maria Mathius
2.
JT Ajurimah Radi
3.
JT Jurifah Majuin

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

© Copyright Hospital Keningau. Jabatan Kecemasan Dan Trauma HKGU



This article comes from Portal Hospital Keningau
http://hkgu.moh.gov.my/ve3

The URL for this story is:
http://hkgu.moh.gov.my/ve3/modules/xt_conteudo/index.php?id=11